Hari Rabu akan datang iaitu 19 Ogos 2009, dua ulama’ besar Yahudi di Israel mengisytiharkan semua umat Yahudi wajib berpuasa sebagai salah satu langkah menghalang virus jahat H1N1 yang sedang melanda Israel.
Pengumuman ini dibuat oleh ketua Majlis Rabbi Israel iaitu Rabbi Shlomo Amar dan ketua Rabbi bagi komuniti Ultra-Orthodox, Rabbi Ovadia Yusuf. Kedua-dua mereka bersepakat semua umat Yahudi sama ada suku Sephardi atau Ultra-Orthodoks hendaklah berpuasa pada hari Rabu ini.
Di dalam pengumuman tersebut, umat Yahudi dari suku Ashkenazi tidak turut serta kemungkinan berbeza pendapat dari memutuskan hukum puasa dikalangan mereka. Menurut Rabbi Sholomo Amar dan Ovadia Yusuf, virus jahat yang bernama Selsema Babi itu merebak di seluruh dunia kesan daripada dosa-dosa yang dilakukan oleh umat manusia.
Antara arahan-arahan yang dibuat ialah semua masyarakat Yahudi yang berkemampuan untuk berpuasa diarah agar berpuasa sepanjang hari Rabu disamping memperbanyakkan sembahyang dan doa kepada tuhan. Bagi yang tidak berkemampuan, hendaklah berpuasa separuh hari atau setidak-tidaknya berduduk diam tanpa mengganggu orang lain.
Ibadat tambahan yang diumumkan ini menurut mereka adalah sebagai kaedah mencegah penyakit melalui kebersihan diri.
Pada 10 Ogos 2009, seramai 50 orang rabbi yang diketuai Rabbi Yitzhak Batzri telah menaiki pesawat khas mengelilingi Israel sambil meniup shofar (trompet ibadat Judais). Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk menghalau virus H1N1 itu dari mengancam penduduk Israel.
Pertembungan tersembunyi antara Rabbi Sephardi dan Rabbi Ashkenazi
Pengumuman baru yang dibuat oleh ketua rabbi suku Sephardi dan komuniti Ultra-Orthodoks seolah-olah memberi isyarat tersembunyi kepada ketua Rabbi suku Ashkenazi iaitu, Rabbi Yonah Metzger. Ini kerana suku Ashkenazi lebih cenderung kepada dasar ideologi Zionis yang menghalalkan daging babi dan arak untuk pengikut-pengikutnya.
Manakala suku Sephardi dan Ultra-Orthodoks masih lagi berpegang kepada hukum asal Taurat yang melarang umat bani Israel memakan babi dan meminum arak.
Bencana H1N1 yang melanda Israel sehingga mengakibatkan 7 nyawa terkorban hanya menyemarakkan lagi semangat kesukuan dikalangan masyarakat Yahudi sendiri. Sudah pasti sifat ingin menyalahkan pengikut-pengikut Ashkenazi yang gemar memakan babi sebagai punca H1N1 ada pada setiap masyarakat Sephardi dan Ultra-Orthodoks.
Kesimpulannya, kita dapat mengenal pasti di sini bahawa senjata biologi ciptaan Illuminati tidak kebal kepada orang-orang Yahudi dan ia hanya kebal kepada penguasa-penguasa Zionis yang sudah pasti sudah menerima suntikan vaksin yang tulen.
Peningkatan bilangan mangsa H1N1 di Israel menjelaskan kepada kita bahawa umat Yahudi yang diheret dari serata dunia dan dilonggokkan di Israel adalah hanya sebagai batu pemberat untuk agen Illuminati mewujudkan negara Zionis.
http://lobaipas.blogspot.com
P/S: bulan ramadhan dah nak menjelma..hrp leh krgkan mangsa virus H1N1
P/S : Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..Mohon Maaf Salah dan Silap
Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan.
Tuhan, aku berlindung kepadaMu Dari siksa jahanam dan kubur Dari fitnah hidup dan mati Dari fitnah pengembara yang dusta Berbahagialah dengan rahmat dan berkat Allah Tuhan yang Maha Pengasih.
"GNP adalah Gross National Product...n kalau nak kira die..bla...bla.."
Mata dah mula terkebil-kebil..berapa kali saya menutup mulut untuk menguap...napelah rasa ngantuk sangat time lecture ekonomi ni...huhu..
Tak boleh jadi ni..saya cuba tegakkan badan dan memfocuskan pengajaran lecturer... Namun makin dipandang makin tekatup dan mengecil kedua-kedua belah mata ni...tiba-tiba saya teringat yang saya tak habiskan lagi membaca buku "Langit Ilahi" tulisan Hilal Asyraf yang saya bawak dalam beg..saya pon keluarkan buku tu..harapnya dapatlah hilangkan ngantuk..
Ofcourse memang tidak baik kita membuat kerja lain time lecturer tengah mengajar..tapi nak buat macam mana..memang dah ngantuk sangat..
Daripada saya terlentok kat depan lecterur..baiklah buat something kan..memang saya selalu akan buat benda lain kalau da ngantuk sangat untuk menghilangkan rasa mengantuk tu tapi jangan tiru cara saya ni ea...
So, saya teruskan pembacaan dengan membelek dari muka ke muka hinggalah saya membaca satu tajuk yang terdapat dalam buku tersebut.."Kita lebih kecil dari kuman"..teringat saya pada video yang telah ditanyangkan pada satu program motivasi yang pernah saya sertai....dimana ia menayangkan gambaran manusia dari bawah bumi hingga keatas cakerawala..hingga hilang gambaran manusia dari pandangan mata..kalau saya dapat copy ye insyallah akan saya kongsikan ea..Entah kenape time tu saya menjadi sebak membaca kata-kata yang dikarang oleh penulis yang sangat menusuk kalbu dan membuatkan saya sedar..
Perumpamaan yang saya beri lebih kurang seperti kata-kata penulis..
Antara kita dengan Malaysia mana lagi besar? pasti kita akan menjawab Malaysia..
Antara Malaysia dengan Asia mana lagi besar? Tentu kita akan menjawab Asia..
Antara Asia dengan Bumi mana lagi besar? pastinya kita akan menjawab Bumi..
Antara Bumi dengan Galaksi Bima Sakti mana lagi besar? tentulah kita akan menjawab Galaksi Bima Sakti..
Antara Bima Sakti dengan seluruh Angkasa Raya yang mana lagi besar? pasti kita menjawab seluruh Angkasa Raya..
Jadi apakah yang lebih besar dari seluruh Angkasa Raya...seperti yang diceritakan saintis sendiri belum mampu mencari penghujung Angkasa Raya... dan ketika itu..Dimanakah kita? Kita lebih kecil dari kuman..sangat kecil..terlampau kecil..
Sesungguhnya Allah yang paling besar dari segala-galanya..Maha Besar dan tiada tandingannya..kekuasaanya meliputi seluruh cakerawala...
Firman Allah yang bermaksud
"Dan Allah itu diatas segala sesuatu". (Ali Imran:165)
Inilah membuat hati saya agak tersentak dan butir2 air mata mula bergenang..tapi terpaksa lah control sikit...sebab tengah dalam kuliah..banyangkan betapa kecilnya kita...Namun Allah masih lagi mengingati kita.. Sungguh Maha Agung Kasih Sayang Allah pada hambanya...setiap makhluknya ditetapkan rezeki masing-masing...Allah tidak pernah lupa kan kita sesaat pon..walaupun hamba-hambanya sering lupa dan leka.. membuat durjana dan kecelakaan didunia...dosa dan maksiat...rasa malu dan hina menyelubungi segenap jiwa..kadang-kadang saya sediri mengakui sering merasa resah,gelisah, marah dengan ujian yang menimpa..hingga telupa nikmat-nikmat hidup yang diberikan Allah tidak putud-putus..tapi bila di campakkan sedikit ujian untuk menguji keikhlasan hambanya mula melatah dan hilang rasa redha dan pasrah atas ujian-Nya..
Kita juga sering merasa tidak bersyukur dan merasa tuhan tidak adil...sering cemburu dan marah dengan kemewahan,kepandaian, kecantikan dan kelebihan orang lain...tapi sedarkah kita yang nikmat tuhan beri tidak terhingga..
Fikirkanlah..jangankan satu hari sesaat pun kalau Allah terlupa mengalirkan gas oksigen ke bumi...pasti musnahlah seluruh manusia dan makhluk dibumi..Namun Allah tidak pernah lupa akan hamba-hambanya..walau sejahat dan seburuk mana pun hamba-Nya membalas-Nya...Jadi apakah kita masih tidak bersyukur? Apakah kita mahu menjadi hamba-hamba yang kufur? Apa lagi yang mahu kita keluhkan?
Renungkan la bersama sahabatku..suka saya memetik kata-kata dari buku LANGIT ILAHI sebagai penghabisan perkongsian ini...
"Walau diri seringkali alpa.. Walau dibeban segunung dosa... Walau jauh dari rahmat-Nya... Tuhan tidak pernah lupakan kita"
p/s : ade sikit lagi..tak habis baca buku Langit Ilahi..agak kesuntukan masa sekarang ni..
Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..
Di sekolah soalan biasa yang akan ditanya oleh guru kita….
“Kamu semua nak jadi ape besar nanti?”
“Saya nak jadi doctor”..murid A
“Saya nak jadi lawyer cikgu”..murid B
“Saya nak jadi pilot cikgu”..murid C
Itulah jawapan yang biasa dijawab oleh murid-murid…tapi pernahkan anda mendengar jawapan luar biasa ni..
“Saya nak syahid di jalan Allah cikgu”
“Saya nak jadi saintis yang hebat yang dapat mencipta senjata canggih untuk membantu tentera-tentera islam mengalahkan orang kafir cikgu”
Itu lah pemuda pemudi yang sangat diharapkan akan lahir dari setiap generasi pemuda pemudi…coretan ini adalah untuk menyedarkan setiap pemuda pemudi islam agar SEDAR, BANGUN dan BANGKIT melaksanakan peranan selaku umat pilihan yang akan mengembalikan kegemilangan islam di mata dunia.. sedarlah ditangan anda lah tersimpan corak dan watak generasi mendatang..jika indah,bersih dan jelaslah warna yang dilakarkan akan gemilanglah kehidupan generasi yang mendatang..Oleh itu, sahabatku marilah sama-sama kita merancang hajat, cita-cita dan impian yang besar dan gemilang.. Jadilah pemuda pemudi yang LUAR BIASA, jadilah HERO UMAT yang berbeza dari kebiasaan umat islam hari ini..
"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.." ~Imam As-Syahid Hassan Al Banna~
Marilah sama-sama kita BANGKIT dan BANGUN untuk menjadi INSAN LUAR BIASA. Lakarkanlah sebuah impian dan matlamat yang besar dalam hidup ini wahai sahabatku..agar kau mudah untuk mengapai impian-impian yang kecil. Jika matlamat yang besar telah kita sematkan impian-impian yang kecil pasti mudah untuk diperolehi..
Tapi ramai yang masih berfikiran sempit..sempit dengan kotak-kotak impian biasa dan remeh..kita sibuk untuk memenuhi impian yang kecil..mengikut trend dan fesyen remaja kini..bila melihat orang ade handphone canggih..ade laptop baru..itulah yang menjadi impian kita untuk memilikinya..kalau pemuda-pemuda ramainya sibuk dengan motor..sanggup berhabis duit untuk menukar aksesori motor..dengan tayar ye,lampu, warnanya..saling mengaggungkan motor dan kehebatan merempit masing-masing..
Yang pemudi-pemudi pulak sibuk dengan kecantikannya…baju, kasut, beg dan bermacam-macam lagi…biar berhabis duit untuk kelihatan anggun dan cantik..bak kata orang..biar pokai asal bergaya..
Eh…salah ke kalau penuhi semua impian ni?? Tak salah sahabatku..tak salah punya handphone dan laptop canggih, tak salah memiliki motor besar, tak salah bila kau ingin kelihatan kemas dan cantik..tapi berpada-padalah dan yang paling penting janganlah jadikan itu semua matlamat terbesar kamu…lihatlah sendiri bertapa remehnya impian itu..
Pernah saya mengajukan soalan kepada seorang pemuda bila dia meminta pandangan saya tentang cinta terhadap seorang wanita…
“ Apa matlamat terbesar hidup anda?”
“Matlamat terbesar ea..emmm..matlamat terbesar saya nak dapat kahwin dengan ……”
“ Tu je…xde ke matlamat lagi besar dari tu…”
“ setakat ni tulah”
Saya uji dia lagi…
“Tak kan tak terfikir nak balas jasa ibu bapa dulu..kesianya ibu bapa anda bersusah payah besarkan anda..perempuan yang baru anda kenal adalah matlamat terbesar anda?”
Barulah die jawab…
“ Itu memanglah..erm..ahhh..sennye..kiranya ade dualah matlamat terbesar..nk belajar leklok dan kerja besar dapat sara keluarga dan kedua dapat kahwin ngan …..”.
Sengaja saya memerangkapnya...saya harap dia akan menjawab satu jawapan yang luar biasa..nampaknya matlamat dia tetap yang remeh… Sahabatku… membalas jasa ibu bapa memang tanggujawab kita…bukanya matlamat kita semata-mata…memang wajib kita menyara ibu bapa apabila mereka telah tua.. tapi tak sangka hanya itu yang diungkapkanye.. saya terpana mendengar jawapanya…sayanglah jika seorang pemuda islam hanya memiliki matlamat sekecil itu…ruginya islam jika semua pemuda dan pemudinya berfikiran seperti itu..maaflah bukan untuk saya memperkecilkan matlamatnya…tapi hakikatnya itu memang something yang menjadi tanggujawab kita sahabatku..
Tapi itulah hakikatnya yang menyelubungi hidup pemuda pemudi hari ini..bila terlampau banyak dimomokan dengan budaya “cintan cintun”, couple, pakwe makwe dan seangkatan ye…sehingga ia menjadi trend pemuda pemudi hari ini dan menjadi satu kejanggalan bila anda tiada “boyfriend” or “girlfriend”..
Hanya impian- impian yang remeh seperti inilah sibuk dipenuhi oleh pemuda pemudi hari ini..mereka lupa segala pengorbanan ibu bapa, guru-guru yang telah bersusah payah mendidik dan mengasuh kita dari kecil agar menjadi pemuda dan pemudi yang berjiwa besar ..tapi setelah menjadi mahasiswa hanya impian- impian yang kecil ini sibuk difikirkan..
Tanyalah sendiri pemuda pemudi hari ini…apakah matlamat tebesar hidup anda? Pasti ramai yang menjawab dengan jawapan yang remeh..Nak dapat kerja besar dengan gaji besar, Rumah besar, dapat sara ibu bapa, nak kahwin dan bahagia hingga akhir hayat….itu sahaja yang kebanyakannya berada dalam kotak pemikiran pemuda pemudi hari ini..
Salahkah mempunyai cita-cita seperti itu? Tak salah sahabatku, cuma adakah sekecil itu sahaja cita-citamu..kau umat terpilih..umat yang menjadi khalifah di muka bumi ini..jika itu sahaja cita-citamu..maka samalah kita dengan umat kufar…yang hanya memikirkan tentang kehidupan dunia semata-mata...
Malah mereka mempunyai cita-cita yang lebih hebat dari kita. Lihat sendiri..wahai sahabatku… bangsa yahudi sendiri mendidik anak- anak mereka dari kecil untuk menjadi terhebat agar dapat menghapuskan dan mengalahkan umat islam..Malah mereka sangat pantang melihat bangsa mereka menjadi pengemis..pernah dikisahkan..
Seorang lelaki kaya yahudi selalu memberi sedeqah kepada pengemis-pengemis islam di jalan…suatu hari dia melihat seorang lelaki miskin yahudi duduk meminta sedeqah..lelaki kaya yahudi itu tidak memberi sedeqah kepada bangsanya sendiri..maka lelaki miskin yahudi itu hairan dan berkata..
“Mengapa engkau tidak memberi sedeqah kepada ku? Sedangkan aku bangsa yahudi..”
“Jadilah apa yang engkau ingin jadi..tapi jangan sesekali kau menjadi pengemis..kerana bangsa yahudi bukalah umat yang hina untuk menjadi pengemis. Sangat terkutuklah jika kau menjadi pengemis”..Jawab lelaki kaya yahudi itu..
Masih tidurkah kita? Lihatlah sendiri adakah kita hanya ingin mempunyai cita-cita dan matlamat biasa-biasa dan sekecil ini…tanpa berfikir untuk menyumbang apa-apa dalam memertabatkan kembali agama islam ..
Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai jin dan manusia, jika kamu mampu menembusi dinding langit dan bumi, maka tembusilah, dan kamu tidak akan mampu menembusinya melainkan dengan kekuatan” ( Ar-Rahman :33)
Sahabatku fikirlah sendiri berapa ramai yang sanggup mengegarkan langit ilahi dengan kalimah Agung..
Berapa ramai yang mempunyai cita-cita dan berjiwa besar untuk syahid di jalan Allah..
Berapa ramai yang mempunyai matlamat yang besar untuk sanggup berkorban menghabiskan sisa hidupnya untuk jalan dakwah mengajak kearah kebaikan dan meninggalkan keburukan…
Berapa ramai yang akan menjawabmatlamat terbesarnya untukmenjadi pakar saintis yang mempu mencipta senjata canggihuntuk membantu umat islam dikala perang…
Berapa ramai yang akan menjawab matlamat terbesarnya untuk menjadi manusia yang kaya dan dapat menguasai ekonomi dunia sekaligus menaikkan ekonomi Islam..
Berapa ramai yang akan menjawab matlamat terbesarnya untuk menjadi peguam atau hakim terhebat di dunia untuk menegakkan keadilan,membetulkan sistem perundangan dunia dan membela umat islamyang jelas tertindas kini..
Berapa ramai yang matlamat terbesar nya untuk menjadi seorang murabbi yang akan mendidik anak- anak dengan tarbiyah yang sempurna agar menjadi insan sehebat Hassan al-Banna dan Zainab Al-Ghazali…
Saya yakin dalam 1000000 belum tentu1000 orang yang mempunyai matlamat yang sebesar dan jelas seperti ini… dan dalam 1000 belum tentu semuanya mampu melaksanakan matlamat besar ini.
Maka sebab itu, ku seru kepada diriku dan semua pemuda pemudi agar sedar…bangunlah sahabat-sahabatku..manfaatkanlah usia muda yang masih kuat dan sihat ini…tetapkanlah matlamat terbesarmu hari ini..HARI INI..
Jangan bertangguh lagi..tetapkan matlamat terbesar yang luar biasa yang akan menjadikan kau BINTANG TERBILANG.. yang akan mengangkat kembali keaggunganislam …tidak kira sekecil mana kerja yang akan kamu perolehi nanti tetapkanlah agar kerja itu boleh membawa pembaharuan, kelainan dan perubahan kearah kegemilangan islam dimata dunia..mulakan lah ia hari ini…
Sabda Rasulluah:
“ Sebaik-baik manusia adalah orang yang diberi umur yang panjang dan baik amalanya, dan seburuk-buruk manusia adalah orang yang diberi umur yang panjang dan buruk amalanya” (HR Ahmad)
Jika kau telah menetapkan matlamat terbesarmu..berusahalah dari sekarang..
Namum percayalah jalan untuk mencapai matlamat besarmu itu menuntut pengorbanan yang besar sahabatku..pengorbanan masa,tenaga, hartadan jiwa ragamu… jalan ini amat payah,amat susah dan berliku.. Kau tidak boleh bersenang lenang seperti pemuda pemudi biasa.. kau akan melalui sakit dan menderita.. jalan ini akan menguji kesabaran dan keikhlasanmu.. kau mungkin akan dihina dan dicerca… kau tidak bisa bersuka ria..bergelak ketawa melampaui batas seperti biasa… kau perlu menjadi insan LUAR BIASA
Maka, isilah masa dan detik nadimu untuk mencapai matlamat besar ini…penuhilah diri dan jiwa dengan iman dan tarbiyah.. carilah cebisan-cebisan mutiara tarbiyah yang ada disekitar mu kerana ia akan memperteguhkan dirimu dari kalpaan untuk melawan arus dan trend masa kini.. galilah sebanyak mana ilmu dan pengetahuan.. agar kau menjadi cendiakawan yang bijaksana… dekatkanlah dirimu pada tuhan untuk membina keyakinan dan kekuatan agar kau tidak lemah dan berputus asa melalui jalan berliku itu..
Firman Allah
“ Katakanlah, bekerjalah kamu, maka Allah, Rasulnya dan Mukminin akan menyaksikan pekerjaanmu itu, Dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitahukan kepadu apa yang telah kamu kerjakan” (At-Taubah : 105)
Moga coretan ini mampu untuk meningkatkan hamasah dalam jiwa muda pemuda-pemudi islam untuk menjadi insan terhebat..HERO UMAT ISLAM bagi mengembalikan semula kegemilangan Islam di persada dunia dalam mencapai keredhaan-Nya didunia dan diakhirat..Amin..
p/s : dapatkanlah buku tulisan UMMU ANAS bertajuk "Bangunlah Anak-Anaku".. kandunganya sgt meningkatkan semangat buat pemuda pemudi ...i got want from my mum..
Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..
ku buka mataku dengan malas ku tarik nafas dalam-dalam sambil menggeliat dan ku terbangun dari mati suriku semalam subhanalloh alhamdulillah allohuakbar laailahaillalloh aku masih hidup dengan nafas segar
aku bangkit dari ranjangku kutapakkan kaki di lantai dan ku melangkah subhanalloh alhamdulillah allohuakbar laailahaillalloh aku masih sehat walafiat
ku beranjak mengambil air wudhu duh segarnya ku kenakan mukena dan ku bersimpuh dihadapan-Mu subhanalloh alhamdulillah allohuakbar laailahaillalloh Engkau masih beri daku kesempatan tuk memohon dan bertobat pada-Mu
kubaca Firman-Mu dan kucoba sebisaku untuk khusyuk kubaca terjemahnya dalam bahasaku ku berharap dapat memahaminya untuk hidupku subhanalloh alhamdulillah allohuakbar laailahaillalloh Engkau masih beri daku petunjuk-Mu
ku menuju jendela dan membukanya puncak gunung merbabu menyambutku dengan ramah seperti biasanya semburat mentari mulai menyelinap masuk bertamu ke kamarku dan kutarik nafas dalam-dalam lagi menikmati segarnya udara pagi subhanalloh alhamdulillah allohuakbar laailahaillalloh ku masih menikmati indahnya pagi ini (n_n)
copy from : http://riema-ziezie-merbabucity.blogspot.com
P/S : syukurilah setiap detik nadimu, dalam setiap hembusan nafasmu, dalam kerlipan mata mu, dalam gerak sendi jasadmu dalam setiap langkahmu menuju hari baru yang masih bersisa itu...
Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..
(banyak ye cili..sedap ni wat sambal tempoyak..huhu)
Bismilah.. Alhamdulilah..dengan izin Allah, dua minggu sebelum berakhirnya short sem hari tu..ana dengan semua warga ahli rumah kecuali k.shaz kerana ada urusan, diberi kesempatan untuk pergi kerumah mak angkat aini di Mantin Negeri Sembilan. Sampai kat sane mak dan abah angkat aini hidangkan makanan tengahari untuk kami..memang sedap bangat..yang paling sedap sambal tempoyak..huhuh.. semenjak duduk umah 202 ni,dah pandai sikit makan tempoyak...lagi satu air soya die..rase die mmg fully soya betol...mak kata tu orang kampung jual dorang buat sendiri..ingat sebelum balik kami nak pegi beli..
Lepas makan tengahari, kami pon ikut aini tengok kebun. Cili besar ade cili kecik pon ade. Terung bulat ade terung panjang pon ade..timun ade n macam-macam pokok macam durian, nenas,pokok cempedak n macam-macam lagi..ana paling asyik tengok pokok-pokok cili tu. Rasa macam nak buat business tanam cili pula..hehe.. Tengok la kalau ada rezeki kan..
(ni deretan anak pokok cili..banyakan??)
Sebenarnye ape yang ana nak cerita, time ana tengok pokok cili tu ana terpikir betapa besarnya kuasa Allah. Cili sahaja Allah cipta berjenis- jenis, dengan bentuk,warna dan rase yang berbeza. Ade yang berbentuk panjang, kecik, bulat dan macam-macam lagi. Ade cili yang pedas macam cili burung, ade yang sederhana pedas dan ade yang memang tak pedas langsung. Cara penjagaan cili juga berbeza mengikut jenis cili tersebut. Ade cili yang hidup dikawasan suhu rendah dan ade cili yang mampu hidup dikawasan suhu yang tinggi.
(cili kecik..kecik2 pon berapi klu makan..aduh! kaki spe plak 2?) Maha Suci Allah, tuhan yang Maha Besar. Dengan penciptaan cili sahaja sudah menunjukkan keagunggan Allah. DIA bukan sahaja mampu menjadikan malah menjaga berjenis-jenis cili dan berbeza-beza ragamnya. Penciptaan- Nya yang begitu rapi dan tersusun dimana setiap penciptaan cili ade bentuk,warna dan rasanya yang tersendiri. Begitu juga dengan kaedah penanaman dan penjagaan nya yang berbeza bergantung kepada jenis cili itu sendiri.
Jika cili sahaja ade pelbagai jenis..begitu jugalah dengan tanaman-tanaman lain dan ciptaan-ciptaan Allah yang lain..tentu terlampau banyak perkara yang mesti diurus dan disusun..Namun, sesungguhnya Dia Allah Tuhan yang Agong mampu menguruskan dan mentadbir segalanya. Malah rezeki seekor semut pon dimalam yang gelap di bawah timbunan batu adalah di bawah susunan Allah S.W.T.
Renungkanlah sejenak..jika kita masih tidak percaya kewujudan Allah atau kebesaran tuhan kita. Fikirkan mampukah seorang manusia menguruskan hanya satu benda je..contohnya cili. Menguruskan dan mentadbir cili yang berjenis-jenis dengan zat-zat yang diperlukan oleh cili, penanamanya, suhunya, nutrisinya sahaja. Rasanye boleh gila manusia dibuatnya.
(ni plak cili besar...)
Disitu dalil menunjukkan kehebatan Allah tuhan yang Maha Bijaksana. Maka beriman dan berpegang teguhlah dengan ajaran islam, serta bersyukurlah atas segala nikmat-Nya yang tidak terhingga yang tak mampu kita bayar walau sezarah pun. Beramallah semampu mungkin selagi nikmat hidup ini tidak ditarik Tuhan. Itulah sedikit selingan untuk tazkirah kita bersama.
Kembali pada citer ana di Mantin tadi..lepas2 fikir pasal cili tu ana dengan mun,aini,idah n deh pergilah depan rumah..hajat nak capai rambutan kat pokok depan rumah..tapi yang dekat bahagian rendah hanya rambutan yang tak masak lagi..idah kata klu yang sedap warna kuning tu..rambutan tu betol-betol atas kereta deh..macam mane ni nak amik dengan tangan tak sampai..last-last dengan mengunakan kudrat sendiri..ana pon dukunglah deh..nak makan rambutan punya pasal..huhu..nak amik galah kteorang malas nk minta kat mak. Akhirnya dapat lah gak amik rambutan kuning tu..memang manis r..marveles tu..heh..
( ni lah pokok rambutan depan umah 2...rendah je..heh..tp x tercapai gak ngan tgn...)
Tengah makan-makan rambutan mak pon panggil kami..rupanya nak ajak makan durian pulak..kami yang memang hantu durian kecuali idah (org malaysia dr scotland la katakan, tak makan durian..hehe) kami tak melepaskan peluang untuk menikmati lemak manisnya durian..sedap!!....idah tengok jelah..kesian die tak makan durian.. sampai senak perut kami makan durian..memang dah tak larat.. tapi dah mak suruh habiskan, tak sampai hati pulak tak habiskan. Lepas tu mak ajak gi tengok cili lagi..time tu mak ceritalah macam mane nak jaga cili ni. Minat pulak dengar..macam-macam ana tanya. Nasib baiklah mak pon tak kisah nak jawab..lepas tu kami pilih anak pokok cili dan terung untuk kami bawak balik. Ingat nak tanam kat villa kesayangan kami semua. Lagipun kami semua memang kuat makan cili. Daripada hari-hari beli cili kat MSA DEEN tu baiklah tanam kat umah sendirikan.
Dah penat pilih cili kami duduk tengok tv pulak..nak rehatkan badan jap..tup2 mak panggil ke dapur..ai nak suro makan pe pulak ni?..huhuh..rupanya mak dah buat bubur kacang durian..aiseman..macam mane nak makan ni..perut dah betul2 penuh..tak makan nanti tak sopan lah pulak.. akhirnye pegi lah makan gak. Time mak pegi dapur..cepat-cepat ana amik satu senduk je bubur tu..dan cepat-cepat duduk..konon2 da makan banyaklah.. perot memang dah tak larat sangat..terpaksa gak telan..tapi memang lazizah r..heheh
Lepas saje solat asar, kami minta diri untuk balik..time nak balik tu mak bungkuskan kami bubur kacang durian lagi. Bukan tu saje, malah mak bagi nenas sebijik dan cempedak sebijik..huhuh..ngan tempoyak skali..makin bertambalah stok tempoyak kat rumah kami nanti..heh..naek segan kami dengan mak abah.
(bergambar dengan mak dan abah)
Tepat jam 6.15 kami semua bertolak balik....terima kasih banyak-banyak mak dan abah sebab layan kami,masak dan bagi macam-macam untuk kami. Kalau ade masa, kami datang lagi ea..insyallah.. Kami rasa puas sangat dapat pergi sana..bertuah betul dapat menikmati rezeki Allah..makan macam-macam buah..free pulak tu...tapi cuma kempunan tak dapat beli soya..sebab orang tu tak jual time petang..huhu..takpela takde rezeki kami kot..yang kali datang lagilah.
Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..
Dalam kepekatan gelap malam.. Tanpa kilauan cahaya bintang… Dipenuhi gumpalan awan tebal… Menutupi terang cahaya bulan…
Ku menyusuri lorong-lorong sunyi…. Dipenuhi lopak berair yang tercemar… Merentasi duri-duri tajam yang cuba menyiat tubuhku… Liku –liku yang menghilangkan arah tujuanku…. dan akhirnya ku tewas di lembah hina itu..
Sesat jauh dari landasanku… Dikotori pula najis tercemar sisa terbuang … Luka-luka memenuhi tubuhku… Aku manusia durjana, terbuang dunia..
Namun, Masihkah ada sinar… Yang akan terbit menerangi lorongku… Membetulkan semula persimpangan jalanku.. Menyapu luka yang memenuhi jasadku.. Menyucikan semula kain putihku…
Masihkah ada sinar… Untukku memohon keampunan atas dosa-dosaku.. Demi menuju kebenaran… Mencapai jalan yang diredhai-Mu Ya Allah..
Moga, Sinar itu kan terbit menerangi lorongku.. Kerna ku pasti dan yakin... Masih ade sinar untukku.
NUKILAN DARI HATI DAN JIWA INSAN HINA : islahulmunzir@yahoo.com (nantikan cerpen "masihkah ada sinar"..i try my best to finish it a.s.a.p..insyallah klu x bzz..coming soon..heh)
Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..
Anugerah tuhan yang tidak trnilai buat ana, bile ana diberi peluang dan kesempatan masa dan tenaga untuk menunaikan umrah...huhu..alhamdulilah peluang yg ana sendiri tak sangke..target ana nak buat umrah time da umur 25 ke..yela time berlajar ni..fulus untuk study pon mbf yang tanggung manelah mampu nak pegi sendiri....tapi siapa sangka rezeki Allah ana diberi peluang menziarahi tanah suci-Nya
Nak dijadikn ceritea sebelum short sem parents ana ajak kami 4 beradik untuk pergi menunaikan umrah satu family..memandangkan akak ana pon cuti time 2..yela budak dntist..payah lah kalau nak pergi time die ade class.. tapi malangnye cuti untuk ana budak tahun satu hanye smnggu sebab kami ade short sem....begitu jugak dengan adik ana yg tengah short sem time 2...so, kami berdua terpaksa la tolak tawaran parents untuk ikut parents kami pergi umrah...
Seminggu sebelum habis final exam tahun satu..umi dan ayah ana datang lawat ana kat usim trcinta...dan time tu parents beritau yang ayah,umi,along dan angah nak buat umrah 18 May time ana ade short sem nanti...tiba-tiba time tu terfikir balik nak pergi ke tak nak..kalau pergi adik ana kenalah pergi sekali...
So, umi ana cakap balik hostel nanti fikirlah..kalau nak pergi beritau awal2 sebab nak booking pakej...balik hostel pikir punye pikir..time exam final plak tu..ana pon buat keputusan nak ikot parents.. yela bile fikir-fikir balik bukan ye senang dapat peluang macam ni..entah panjang lagi ke umur ana ni..lagipon tak tau la bile plak parents ade rezeki nak ajak lagi pergi buat umrah.. so, akhirnya alhmdulilah satu family ana dapat pergi bersama..walaupon rancang last minute..
Tanggal 18 may..lepas mintak cuti dengan dekan.. dengan mengunakan pakej CS HOLIDAYS..bertolaklah kami sekeluarga untuk menunaikan umrah..mula dari KLIA kami bertolak dan transit kat doha dulu..tunggu la selama 6 jam kat situ..huhuh..lepas tu dari doha kami bertolak le lapangan jeddah mengunakan pesawat qatar..Setibanya di lapangan jeddah kami bertolak ke Madinah dengan menaiki bas dan kami menetap selama 3 hari di Madinah...Hari ke-4 kami bertolak ke tanah suci Mekkah dan diberi peluang untuk beribadah disana selama 10 hari..pejam tak pejam 30 May kami pun tiba di tanah air tercinta Malaysia..huhuh..sedih rasanya meninggalkan tanah haram..dimana tercatat seribu kenangan, pengalaman,pengajaran, dan teman-teman yang tak mungkin ana lupakan..
Ntahlah..tak terkata dek dengan kata-kata indah dan manisnye pengalaman pergi sana..apa yang penting adalah pengajaran dan iktibar yang dapat ana kutip disana untuk dijadikan tazkirah dan pendoman dalam melayari dunia dan realiti sebenar kehidupan..something special that u only can feel when u be in that place.. time mula-mula ana sampai di depan kaabah..ana terpana macam tak percaya pon ade..betul ke kat depan kaabah ni..ke kat depan TV...Subhanallah..hanya Allah yang tahu betapa indahnya perasaan itu bila kita berada didepan kaabah..kalau ade rezeki ana nak pergi sana lg..insyallah..
Nilah pemandangan masjidil Al-Haram time mlm dr tingkat atas, klu mlm ana suka sembahyang kat atas ni leh nmpak pemandagan yg indah dan luas seluruh kwasn masjid..memandang kaabah sahaja akan mendapat 20 rahmat dari Allah.Subhanallah.cantikan??
ni plak pemandangan kaabah time siang...klu time siang kat kawasan bawah org kurng sikit..sebab time ana pergi musim panas..suhu mencecah 46C..huhuh panas tak panas..kering kulit gak la..alhmdulilah lah aircond kat hotel die boleh tahan kuat gak..
ni gambar tmpat melontar klu tunaikn haji..x leh nk gi dkat coz dlm construction...huhuh
mina...tmpat jemaah haji perlu brmalam untuk wukuf diarafah
time angah tengah bagi burung mkn kacang..kami suka sangat bagi burung kat sane makan pas ondway balik msjid ke..or time keluar2 jalan ke..klu jmpe kwsn burung berkumpul
ni antra sahabat2 dr iran yang sempat kami brknalan..best gak klu pndi ckap ba n english..leh taaruf dgn ramai umat islam dari plbgi bangsa dan negara..
wahhh!!...kat negare panas cmni pon ade air trjun??..hebat2..sebenarnye air terjun ni adalah air trjun buatan...dan kalau nak tau hebat x hebat air terjun ni dibuat oleh arkitek malaysia..huhuh..bangga jugak kami jadi orang malaysia..
antra msjid laen dimekkah....
ni adalah kawasan perkuburan para syuhada yg syahid ketika perang uhud..kwsn ni hnye brsebelahan dgn bukit uhud...mnurut sejarah..telah brlaku stu bnjir besar di mekkah selepas 50 tahun peperang uhud..klu x slp.. yg menyebabkn semua mayat para syahid timbul...maha besar Allah tubuh para syuhada masih elok lagi...namun hanya 3 jenazh yg dpt dikenali iaitu hamzah..krna hatinya telah tiada n 2 org lgi shbt..x brape igt la nmenye..
ni plak bukit uhud...tmpat peperangan uhud berlaku..bersebelah dengan kawasan perkuburan para syuda perang uhud (dlm kwsn berpgr)
sebenarnye banyak lagi gambar yang ana nak tunjuk tapi tak sempat nak copy dari akak ana....nanti ade masa ana upload lagi..insyallah.. kalau ade masa lagi ana akan kongsi pengalaman dan pengajaran yang ana dapat dibumi suci mekkah..k..sambung lg nanti..slm
Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..
Sahabat.. Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran-amaran Allah ..jika aku bersedih tanpa kata pujuklah aku dengan tarbiah pencipta..jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..jika antara kita ada tembok yg memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera..jika pernah hati mu terluka, luahkanlah agar aku brubah.. & jika esok ku lena tanpa terjaga..iringilah lena ku dgn kalungan doa dan berjanjilah sahabat.. ukhwah kita untuk selamanya..
Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..
Buat renungan kita bersama.. Imam Ghazali berkata: “ Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah PENDUSTA. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad SAW tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku takutkan neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh-kesah dengan ujianNya, maka dia adalah pendusta”.
Andai saja manusia diperkenankan untuk bersujud kepada manusia lainnya, maka sang isteri akan diperintahkan untuk bersujud kepada suaminya.. prinsip itulah yang benar-benar dipegang teguh oleh Fatimah..Dia yakin bahawa redha Allah ade dalam redha suaminya.. Harta, takhta dan kekayaan tidak lagi bererti, jika harus dibandingkan dengan berbakti kepada sang suami. Umar bin Abdul Aziz adalah suami Fatimah binti Abdul Malik. Fatimah termasuk seorang wanita yang memiliki garis keturunan, ilmu dan pengetahuan yang baik dan paling sempurna..pesta pernikahanya termasuk salah satu pesta pernikahan yang terkenal dan tercatat dalam sejarah..pada saat itu, di atas mahkota yang dikenakan oleh fatimah binti Abdul Malik, terdapat tulisan :
Puteri seorang khalifah, yang kakeknya juga seorang khalifah, saudara perempuan dar seorang khalifah, yang suaminya juga seorang khalifah.
Fatimah hidup bersama suaminya dengan penuh kenikmatan..kemudian dia dan suaminya pindah ke kota madinah al -Munawwarah kerana sang suami ditugaskan sebagai gabenor disana. Fatimah dan suaminya menikmati kebahagiaan daripada mata air yang terpancar dari hati mereka berdua. Dari pernikahan dengan Umar, Fatimah dikurniai dua orang anak lelaki yang diberi nama Ishaq dan Ya'qub...
Sepasang suami isteri ini menjalani kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan dan kenikmatan selama bertahun-tahun hingga akhirnya kondisi seperti itu pun berubah seluruhnya pada suatu hari pada tahun 99 H.
Umar bin Abdul Aziz pon diangkat sebagai khalifah. Sejak hari pertama kepimpinannya, Umar telah menceraikan hari pertama kepimpinanya, Umar telah menceraikan kenikamatan duniawi dengan thalaq tiga kali..maksudnya dia tidak lagi mahu mendekati kenikmatan dunia lagi. Maka kehidupan Fatimah pun ikut berubah. Kehidupan yang sebelumnya penuh dengan kenikmatan telah dinikmati oleh Fatimah, kini hanya tinggal kenangan. Semua itu cepat berlalu dan cepat meninggalkanya kehidupanya.. dia tidak pernah menyangka sebelumnya bahwa pada suatu hari tertentu dia harus meninggalkan mutiara - mutira dan perhiasan-perhiasan yang telah menghiasi dirinya dan telah menjadi kebangganya.
Suatu hari suaminya Umar yang telah menjadi khalifah itu menemuinya, lalu dia memerintahkan kepada Fatimah untuk meningggalkan semua perhiasan yang melekat pada dirinya.. Umar berkata kepada isterinya Fatimah
Sungguh telah datang kepadamu suatu kesibukan yang akan menyibukkan dirimu dan sungguh kamu telah menyimpang dari jalan keselamatan sungguh waktu luang telah pergi, sehingga tidak akan ada lagi waktu luang hingga datang hari Kiamat nanti..
Pesanan untuk Muslim dan Muslimah
Kisah ini menunjukkan betapa seorang wanita seperti Fatimah yang sanggup untuk memilih untuk tetap berada diamping suaminya yang telah memilih untuk hidup sederhana dengan meninggalkan semua kenikmatan dunia yang di perolehi..seperti mutiara-mutiara, perhiasan dan sajian makanan yang enak-enak...
Moralnya semoga sikap yang agung oleh Fatimah ini dapat dicontohi oleh para wanita masa kini untuk mendapat keredhaan Allah baik di dunia maupun akhirat.
Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..
"Eh masuk mana ni umi... kanan kan" along bertanya
"Masuk kiri..."jawab umiku ringkas
"Btol ke ni maya" ulang alongku..
"Erm...btol la tu..." saya ia kan aje..
"Eh..btol ke ni bukan jalan gi seremban ke..." tanya along ku..
"Ha'ah la...huhuh...dah terlajak ni..alamat sampi seremban la baru leh patah balik...." jawab ku
"Tulah along cakap masuk kanan...adui.." keluh alongku..
Ini lah story yang berlaku pada saya hari ni..time nak balik dari nilai...sepatutnya masuk simpang Kuala Lumpur..macam mana boleh tersilap masuk simpang Seremban/Johor....da sampai seremban tersesat ke jalan lama di seremban...pusing punya pusing baru jumpa highway balik Shah Alam...perjalanan yang sepatutnya makan masa 45 minit sampai jadi dua jam...rasa macam balik kampung Kuantan je..huhuh...itulah ujian
Memang sangat memenatkan walaupun bukan saya yang drive... sesat pilih jalan boleh bawak sampai jauh tu perjalanan saya...
Sampai umah saya terfikir sesuatu sesat ni memang sesuatu yang memenatkan..sesat boleh bawa kita jauh dari jalan sebenar...itu sesat jalan...tapi kalu sesat dalam kehidupan...ia akan bawa kita lari dari jalan kebenaran...kalau sesat di jalan raya pon memakan masa yang lama untuk mencari jalan yang betul...macam mana pulak kalau kita tersesat memilih jalan hidup yang sebenar berpandukan Al-Quran dan As-sunnah atau dengan kata lain sesat aqidah..
Persimpangan yang saya lalui tadi umpama dua jalan yang akan kita hadapi dalam hidup...satu jalan kebenaran...satu lagi jalan kesesatan..kalau saya salah memilih jalan saya akan sesat dan tersasar jauh dari landasan tauhid yang sebenar yang mengesakan Allah semata-mata tanpa ada sekutu baginya...
Kita rasa bersyukur tidak terhingga kerana dalam jutaan manusia Allah memilih kita untuk dicampakan hidayah-Nya membawa kita hari ini di bawah paksi kebenaran..tapi perjalanan ini masih jauh...kita boleh tersasar jika tiada yang membimbing kita untuk terus memilih jalan yang diredhai Allah..
Hidup ini boleh diumpamakan bagai melalui highway atau dengan kata lain jalan raya..contohnya kita dari Selangor ingin menuju ke Kelantan...selagi kita mengikut penanda arah ke Kelantan yang betul pasti kita tidak akan sesat dan akan sampai ke destinasi yang dituju...
Penanda arah itu ibarat pembimbing kita itulah Al-Quran dan Sunnah..Selagi kita berpandukan Al-quran dan As-Sunnah dalam kehidupan kita..insyallah kita tidak akan sesat..
Selanjutnya hendaklah kita tetap menjaga diri kita dan keluarga agar tidak menyimpang ke kanan dan ke kiri kerana kebenaran hanya satu dan tidak terbilang..
Ketika Rasulluah S.A.W berada di hadapan para sahabatnya Radhiallahu'anhum, dalam riwayat dari Ibn Mas'ud Radhiallanhu,
Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam membuat sebuah garis di hadapan kami satu garis lalu berkata: “Ini adalah jalan Allah.” Lalu beliau Shallallahu’alaihi wasallam menggaris beberapa garis di sebelah kanan dan sebelah kiri garis tadi lalu berkata: "Ini adalah jalan-jalan. Di atas setiap jalan itu terdapat syaitan yang menyeru kepadanya.”
Lalu beliau Shallallahu’alaihi wasallam membaca firman Allah Ta’ala (Surat Al-An’am ayat 153): “Dan sesungguhnya ini adalah jalanku yang lurus, maka ikutilah. Dan janganlah mengikuti jalan-jalan (sesat) hingga akan terpisah kalian dari jalan-Nya.” (HR. Al-Imam Ahmad, 1/435 dan 465, An-Nasa`i dalam Al-Kubra, 6/11174, Ad-Darimi no. 202, Ath-Thayalisi no. 244, Sa’id bin Manshur, 5/935, Ibnu Hibban, 1/180/6, dan Al-Hakim, 2/348, seluruhnya dari Abdullah bin Mas’ud z. Al-Hakim berkata: “Hadits ini sanadnya shahih.” Hadits ini dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam tahqiq Syarah Al-’Aqidah Ath-Thahawiyyah hal. 525)
Apa yang boleh membuat kita menyimpang dari landasan sebenar adalah kerana adanya dalam diri kita dua penyakit hati, yaitu penyakit syubhat dan penyakit syahwat yang akan semakin menambah penyakit hati...
“Hai istri-istri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik, dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah salat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." (Al Ahzab: 32-33)
Inilah jalan yang menyimpang akibat penyakit syubhat dan syahwat.. seorang musli hendaklah sentiasa komitmen di atas jalan kebenaran..Sesungguhnya Allah menjanjikan bagi siapa di antara mereka yang mengikuti kebenaran dan mengikuti hidayah ia akan mendapat dua keutamaan yaitu tidak sesat di muka bumi dan tidak sengsara di akhirat. Di muka bumi dia akan menjadi ahlu haq dan di akhirat akan mendapat kemuliaan dari Allah...
Firman Allah :
فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلا يَضِلُّ وَلا يَشْقَى
“Barang siapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan sengsara." (Thaahaa: 123)
Ibnu Abas R.A. menafsirkan ayat ini bahawa Allah telah memberikan jaminan bagi siapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkanya, maka dia tidak akan sesat didunia dan tidak akan sesat diakhirat.
Sebaliknya bagi siapa saja yang berpaling dari petunjuk jalan kebenaran maka ia akan celaka.
"Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit" (Thaahaa: 124)
وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى
"dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Thaahaa: 124)
Sebaliknya bagi inilah balasana Inilah balasan bagi orang yang menyimpang yang enggan mengikuti jalan kebenaran. Ketahuilah jalan kebenaran hanya satu. Pernah Hudzaifah ibnu Yaman Radhiallahu’anhu menasihati Abu Mas’ud Radhiallahu’anhu, "Ketahuilah sesungguhnya kesesatan benar-benar merupakan kesesatan ketika kamu menganggap baik yg dahulu kamu menganggapnya mungkar, atau kamu menganggap mungkar sesuatu yang dahulu kamu anggap baik di jaman nabi Shallallahu’alaihi wasallam. Jauhilah sikap berwarna-warni dalam beragama karena sesungguhnya agama Allah itu satu."
Saudaraku, jauhilah sikap talawun, warna warni dalam beragama, di sini senang di sana senang, di sini benar di sana benar, semuanya benar gak ada yang sesat. Itulah sikapnya bunglon berubah rubah warna. Bersama Ahlus Sunnah seperti Ahlus Sunnah bersama Ahluil Bid’ah seperti Ahlul Bid’ah.
Kebenaran adalah apa yang datang dari Allah Subhanahu wata’ala melalui jalur Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam. Selain itu bukan kebenaran. Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam telah mendidik generasi terbaik umat ini dan telah berhasil mendidik mereka hingga mereka menjadi generasi yang terbaik yaitu para Shahabat Radhiallahu’anhum. Maka barangsiapa yang ingin komitmen bersama jalan kebenaran hendaklah menelusuri bagaimana cara Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam mendidik shahabat Radhiallahu’anhum.
Sebagaimana hadits iftiraqul ummah (perpecahan umat) ini, yaitu sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam,
“Yahudi terpecah menjadi tujuh puluh satu golongan dan Nasrani terpecah menjadi 72 golongan, dan ummatku akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan, semuanya berada di neraka kecuali satu (golongan).” Mereka bertanya: “Siapa mereka, Ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Mereka berada pada apa yang aku dan sahabatku berada pada hari ini.” [HR Tirmidzi dishahihkan oleh Al-Albani dalam kitab Shahih Al-Jami’ no. 5218]
Salah seorang imam Ahlus Sunnah wal Jama’ah, yang bernama Al Imam Ashbahani mengatakan, "Aku tidak melihat seorang pun dari orang yang hatinya itu condong mengikuti hawa nafsu atau dia condong untuk mengikuti bid’ah melainkan engkau akan mendapati dia Mutahayyir, hatinya mati, dan dia akan dicegah untuk mengucapkan kebenaran."
Mutahayyir adalah sifat orang yang bingung, plin-plan, tidak kokoh di atas al haq. Sedangkan hati yang mati akan sulit untuk mendapati hidayah. Sedangkan sulit untuk mengatakan kebenaran akan membuat ia segan untuk berkata yang benar, khawatir akan dijauhi oleh sahabat-sahabatnya dan teman akrabnya maka ia berjalan bersama hawa nafsu karena ingin sesuai dengan teman-temannya.
Sehingga penting untuk kita mengetahui jalan kebenaran untuk kemudian kita berpegang teguh kepadanya lalu meninggalkan selainnya. Karena syubhat semakin lama semakin terkaburkan oleh sekian banyak orang kecuali mereka yg mendapatkan rahmat dari Allah Subhanahu wata’ala dan sedikit dari mereka.
Ketahuilah bahwa prinsip utama kita adalah komitmen dengan apa yang telah diamalkan oleh shahabat Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam karena itulah jalan kebenaran. Maka kebaikan apabila mengikut mereka, keburukan ketika menyimpang dari mereka.
Sebagaimana dalam surat At Taubah Allah Ta’ala menyebutkan,
"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah rida kepada mereka dan mereka pun rida kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar." (At Taubah: 100)
Wallahu a’lam
info dr : http://sunniy.wordpress.com
Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..