Tuesday, May 18, 2010

Kerna dosa Kelmarin...

Bismillahirahmanirahim

Resah menggamit jiwa
Mencoret hirisan kepiluan
Bagai kenanaran itu mula kembali menguasai jiwa

Aku buntu
Harus bagaimana
Aku mahu hentikan semua ini
Demi membetulkan kesilapan lalu
Sebelum parut lama kembali bernanah
Sebelum lukaku semakin parah

Bagaimana harus ku mulakan bicara
Sedangkan lidah ku terus kelu untuk berbicara
Dan bibirku lebih memilih untuk terus membisu
Hakikatnya aku sudah terlalu banyak memendam

Ya Alllah kuatkan aku
Agar tidakku ulangi dosa kelmarin
Bimbinglah aku untuk menghadapi semua ini
Walau aku terus disakiti
Walau semuanya terus-terusan menghantui hidupku
Dan air jernih itu sering membasahi pipiku
Aku harus terus berjuang
Kerna aku benar-benar mahu kembali pulang


Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..

Thursday, May 13, 2010

My favorite kuih lapis...huhuh

Bismilahirahmanirahim...




Tetiba rasa nk buat kuih lapis..teringin sangat nak makan...saya pun belilah tepung beras..jom try buat..

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk / pakai susu cair pun leh kalau santan takde
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc or tak kisahla.
4 cawan air / kalau pakai susu cair kurangkan air takut cair.

Cara-cara

1. Blender gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul.

2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau atau ikut suka je

4. Kacau biar warna sekata. Kemudian masukan adunan pewarna pertama dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak. Biarkan selama dua minit sehingga adunan pewarna pertama sedikit keras kemudian barulah letak adunan pewarna yang kedua dan biarkan juga selama dua minit.

5. Ulang langkah tersebut berselang seli diantara adunan warna pertama dan adunan warna kedua sehingga habis adunan dalam periuk kukus

6. Kemudian setelah siap kukus keluarkan loyang dan sejukkan.
Selamat Mencuba.

Wednesday, May 12, 2010

Kenapa ramai memilih neraka???

Bismillahirahmanirahim...

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu Rasulullah SAW: "Semua umat ku akan masuk ke dalam syurga, melainkan orang yang enggan. Sahabat merasa hairan lalu bertanya: Ya Rasulullah~! Siapa yang tidak suka masuk syurga?. Maka Rasulullah SAW menjawab: Sesiapa yang taat kepada ku bererti dia mahu masuk syurga dan sesiapa yang menyalahi ajaranku (sunnahku) maka orang itulah yang tidak mahu masuk syurga." (Hadith riwayat al-bukhhari)

Marilah kita renung sejenak, kemanakah nasib kesudahan kita nanti?

Adakah kita akan dimasukkan kedalam syurga atau dicampakkan ke dalam neraka?

Dalam kehidupan di dunia yang penuh denga tipu daya ini, apakah yang ingin kita cari sebenarnya?

Adakah kejayaan, kemewahan, kesenangan yang kita kecapi menjamin untuk kita masuk ke
dalam syurga Allah?

Ataupun semua itu menjadi perangkap kepada kita untuk dicampakkan ke dalam neraka?

Tetapi kenapalah ramai manusia yang memilih untuk dijadikan bahan bakar api neraka?

Persoalannya adakah kita percaya kepada Hari Kiamat yang pasti akan berlaku? Sejauh manakah keimanan kita semua beriman kepada Sang Pencipta?

Cuba kita bayangkan bilamana seseorang manusia masuk kedalam neraka, jamuan pertama yang akan dihidangkan adalah buah Zaqqum. Buah Zaqqum merupakan buah yang berduri, berbisa, panas dan mayangnya ibarat kepala syaitan. Kita akan makan dengan gelojoh hinggakan terkoyak isi perut dan sehingga penuh sampai ke kerongkong. Setelah itu kita akan meronta kesakitan kerana terlalu sakit. Kemudian Allah datangkan pula minuman dari cairan tembaga yang sangat panas, ketika itu kita akan minum seolah-olah unta yang kehausan. Ketika itu akan hancur lebur segala isi perut kita dan terkeluar melalui lubang punggung kita. Tapi kata Ibn Qayyim Aljauziah, ini baru jamuan keraian, belum lagi siksaan yang sebenarnya. Sanggupkah kita menanggungnya..???

Bagaimana boleh kita memilih untuk ke neraka sedangkan Allah dan ceritakan kepada kita tentang azab-azab neraka yang sangat dahsyat. Bagaimana kita dapat tahan untuk berada dalam neraka padahal api di dunia pun kita tak sanggup nak pegang. bila kita terkena api sikit pun kita dah tak dapat tahan kesakitan, bagaimana kita nak tempuh api neraka yang sangat panas.

Marilah kita renung dan kita cuba lakukan perubahan.

http://my.opera.com/Hilmi92/blog/

Saturday, May 1, 2010

Apabila jiwamu kosong

Bismillahirahmanirahim...
Apabila jiwa kosong maka
kehidupan umpama lorong duka lara,
simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan
sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.
Tidak ada lagi keindahan pada mahligai tersergam
juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.
Jiwa adalah sarang kebahagiaan, taman ketenangan dengan seribu janji senyuman.
Kemanakah perginya kelazatan
pada sajian hebat yang terhidang dimeja kehidupan.
Dari manakah datangnya kepanasan
di ruangan berhawa dingin yang membekukan hati.
Manusia tetap manusia,
memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwanya
agar dirinya mengenal erti takut dan tunduk.
Kerana takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian
dan tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.
Keberanian untuk menempuh pahit dan getirnya kehidupan
serta ketinggian untuk memetik buah kebahagian dalam rimbunan pepohon keimanan

Saturday, March 27, 2010

1001 pengajaran dari perjalanan Konsert LIFELINE4GAZA...

Bismillahirahmanirahim....

Saya memang sangat berhajat dan merancang untuk menghadiri Konsert LIFELINE4GAZA yang dianjurkan di Masjid Wilayah.. Pada mulanya saya rasa hajat macam tak kesampaian, sebab semalam saya meminjamkan kawan saya kereta untuk menziarahi sahabat mereka yang ayahnya telah meninggal dunia.

Disebabkan ada beberapa masalah kawan saya tak dapat memulangkan kereta sebelum asar. Hampir pukul 7 barulah mereka selamat sampai..Saya pon taklah kisah sangat..takpelah kalau tak dapat pergi konsert pon xpe..sebab dah lewat sangat lagi pon saya tak tahu jalan ke Masjid Wilayah..dikhuatiri akan sesat dan lambat..huhuh..

Tapi hati benar-benar mahu pergi..resah juga asyik duduk fikir macam-macam dengan k.mudah..saya cuba telefon pakteh saya untuk menanyakan pandangan susah tak nak cari jalan ke Masjid Wilayah..

Pakteh cakap “ Hujan lebat ni maria baik takyah pegi..jem lagi..ni da pukul 7.30 ..tak bertolak lagi”

Tapi kami tekad untuk keluar juga dalam keadaan hujan lebat..takpelah kalau tak dapat pergi konsert kita pergilah mana-mana ea..

Selepas ambil Nana di Akasia, bincang punya bincang kami mengambil keputusan untuk pergi wartar sahaja di Bangi..memandangkan jam pon sudah menunjukkan pukul 8.15 dengan hujan lebat kami membatalkan niat untuk pergi ke konsert…

Namun, kita merancang Allah jua merancang dan perancangan-Nya yang terbaik..2 km sebelum sampai di persimpangan bangi..hati kami berubah..

K.mudah : Maya, akak nak pergilah konsert tu..

Maya : Maya pon memang nak pergi kak, tapi bukan apa sekarang da 8.30 kat bangi baru, dengan jalan tak tau ni..huhu

K.Mudah : Kita pergi jelah..

Maya : Btol ni nak pergi..Ok..kte speed line kanan..hehe

Akhirnya kami membulatkan tekad untuk pergi..Macam biasa kalau nak sampai cepat saya haruslah menekan pedal minyak lebih sikit..hehe..Alhamdulilah syukur pada Allah hujan berhenti dan kami menjumpai jalan tanpa tersesat..yang paling tak boleh saya lupa sampai di bulatan jalan kuching sampai 5 kali kami pusing roundabout tu..sebab tak tahu nak masuk simpang mana..huhu..ingat ayat nana..

Nana : Tambah dua kali sempurna tawaf kita

K.mudah & Maya : heheh

Setibanya kami di simpang untuk ke Masjid Wilayah, hati kami berbunga riang kerana berjaya menjumpainya..terasa bangga jugalah tak sesat pon..Namun, kuasa tuhan Saya terlajak pulak..huhuh..da terlajak masuk Highway la plak..sampai ke bangsar.. dan akhirnya kami menjumpai juga jalan untuk U-turn..di situ saya pelajari satu pengajaran jangan mudah berasa senang apabila hampir mencapai kejayaan dan sentiasa yakinlah bahawa semua yang berlaku adalah dengan keizinan dan rahmat Allah.

Selepas jumpa jalan untuk U-turn tu, kami patah balik semula ke jalan memasuki kawasan Masjid.. Maha besar kuasa Allah.. tanpa saya sediri tidak perasan simpang masuk ke masjid..saya tertekan brek lambat…antara hidup dan mati..sewaktu itu disebelah kanan saya bas dan disebelah kiri lori..dua kenderaan tersebut membunyikan honn.. hampir sahaja kami dihimpit...kami semua tergamam..saya benar terdiam..huhu..

Ya Allah antara hidup dan mati tuhan masih memberikan saya kehidupan. Disitu saya pelajari lagi satu pengajaran bahawa kesempatan dan masa yang Allah beri seharusnya saya hargai..setiap detik itu haruslah di maknakan demi meraih Syurga Allah..Allah masih memberi saya peluang untuk terus beramal..Syukur yang tidak terhingga…

Sampai disana dalam 9.20 konsert rupanya tak bermula lagi..disitu sekali lagi saya pelajarai sesuatu bila mana saya tekad untuk ke konsert tersebut, walau tidak tahu jalan kesana, saya harus berani mencuba, walau pelbagai rintangan yang dihadapi..tidak seharusnya saya menyerah tapi harus terus berusaha dan bertawakal… sesungguhnya bila kita sudah membulatkan tekad..kita harus berani melangkah dan mencuba walau apa ujian mendatang jangan pernah putus asa dan kelelahan..berdoa dan bertawakallah pada-Nya..Natijahnya nanti biar Allah yang tentukan..seperti mana akhirnya Allah memberi kesempatan untuk kami melihat dari awal konsert..itu hikmah yang sangat besar..alhamdulilah...

Konsert ini menampilkan Muadz, Shoutul Harakah (Indonesia) dan Daie..Saya melihat begitu ramai pemuda terutamanya dan pemudi-pemudi yang hadir..Semangat dan kesungguhan mereka melaungkan semangat untuk Palestin benar-benar menyentuh hati saya…Semoga mereka bisa terus menjadi insan-insan cemerlang bukan dirinya sahaja tetapi bisa mengegarkan dunia..bisa menyumbang dan menyumbang seluruh hidupnya pada jalan Allah…bukan menjadi seperti keterbiasaan manusia..tetapi menjadi manusia luar biasa..Hero Umat yang akan mengambalikan kegemilangan Islam dimata dunia…Moga Pemuda pemudi ini lah yang akan turun mempertahankan Islam..jika sampainya panggilan jihad menentang Musuh Allah nanti..

Disitu juga saya menilai sesuatu mengapa anak-anak kecil dan pemuda pemudi Palestin bisa terus berjuang..Sedangkan mereka telah kehilangan ibu bapa mereka…kediaman dan keamanan negara mereka diragut..apa lagi untuk mengenal erti ceria dan bahagia..Namun mereka tak gentar untuk terus bertahan walau hanya berbekal batu-batu kecil sebagai senjata..mereka seperti memburu syahid..

Tapi saya..kenapa saya harus lemah bila diuji.. saya putus asa dan lembik..sedangkan ujian yang dihadapi sezarah pon tidak sehebat ujian yang mereka hadapi…Ya Allah moga disitu akan terbina kekuatan dalam diri saya agar saya bisa tabah dan bertahan untuk semua ujian mendatang..hidup untuk berjuang dan jalan menuju Allah memang menuntut air mata dan pengorbanan..

Konsert tersebut berakhir jam 12.30 malam..balik tu kami sangat lapar..huhu dari tengahari tak makan pape..jadi Ondway balik kami berhenti di Tol sungai Besi untuk mengisi perut yang lapar..da pukul 1.00 da..tapi kerana terlalu lapar berhentilah juga.. kira-kira 1.40 kami selesai makan dan bertolak pulang..huhu..lepas makan mengantuk la plak..

Alhamdulilah jalan yang lengang memudahkan saya untuk menekan pedal minyak lebih sikit…macam biasa line kanan je tak masuk line lain..hehe.. sepanjang perjalanan pulang, yang lain semua da ngantuk.. maka saya melayan fikiran agar tidak mengantuk..selepas semua yang terjadi..saya cuba membulatkan tekad untuk kembali bersemangat, kuat dan tabah untuk berjuang meraih keredhaa-Nya..

Saya tak seharusnya lembik, lemah dan longlai untuk setiap ujian yang datang.. saya juga tidak seharusnya membiarkan semuanya terus-terus membunuh jiwa,roh dan semangat saya untuk hidup..Saya harus berjuang untuk hidup..demi meraih syurga Ilahi..Hidup untuk berjuang, berkorban dan memberi..

Disitu saya berjanji untuk menghargai setiap detik yang ada, menyumbang untuk semua, dan membahagiakan setiap insan disisi saya sera bersama-sama mencipta SYURGA dan saya benar mahu kembali menjadi Mariah Munzirah yang dulu.

Alhamdulilah tepat pukul 2.08 minit kami selamat tiba dirumah…Perjalanan yang membawa 1001 makna dan benar-benar mengajar saya untuk terus menghargai hidup..terima kasih kak mudah n Nana..because join me… tahniah juga buat semua yang menganjurkan konsert LIFELINE4GAZA..sangat Hebat…Moga sama-sama kita mengambil iktibarnya…aminn..


Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..

Saturday, March 20, 2010

Surat Cinta Biasa..

Bismilahirahmanirahim

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa,
semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan
dikepala saya. Sebenarnya.. ..!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya
sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan
masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe........

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya.
Begini isi surat itu…......

*******
Kepada Yth .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya. Assalamu'alaikum Wr Wb..Mohon maaf kalau anda tidak berkenan.Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ...
menginginkan anda ............ ...
untuk
menjadi isteri saya. Saya bukan
siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.
Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah
kemudiannya saya akan tetap bekerja.
Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan
rezeki untuk mencukupi keperluan
isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan
saya tidak tahu apakah kemudiannya akan
terus menyewa selamannya.
Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar
isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan
tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya
banyak kelemahan dan beberapa
kelebihan. Saya menginginkan anda untuk
mendampingi saya.
Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan
kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.
Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda
supaya membantu saya memupuk dan
merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat
bersama-sama sampai mati.
Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya.
Yang pasti saya akan berusaha sekuat
tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat
ini saya tidak tahu kenapa saya
memilih anda. Saya sudah sholat
istiqarah berkali-kali, dan saya
semakin
mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah.
Dan yang pasti, saya menikah
untuk menyempurnakan agama saya, juga
sunnah Rasulullah. Saya tidak berani
menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha
sekuat mungkin menjadi lebih baik
dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu
sebelum memberi jawaban pada saya.
Saya beri masa minima 1 minggu, maksima
1 bulan. Semoga Allah ridho dengan
jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini
saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa....... " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi
kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam

credit:ikhwan

Copy: ain zakiah zahid


Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..

Pilihlah Sahabat...

Bismilahirahmanirahim...

Pesanan al-Qamah kepada anaknya:


ANAKKU..

Jika kamu berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang,

Maka pilihlah yang mempunyai sifat ini,

Iaitu jika engkau melayaninya, ia suka melindungimu

Jika engkau menjadi sahabatnya, dia akan menjadi hiasan bagi dirimu

dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, dia akan mencukupkan keperluanmu.

PILIHLAH sahabat

yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,

lalu dia memberi dengan rasa terharu

jika dia melihat kebaikan yang timbul dari dirimu,

dia suka menghitung-hitungnya dan dianggapnya sangat berguna,

sementara jika dia mengetahui keburukan dalam dirimu lalu dia menutupnya.

PILIHLAH sahabat,

yang jika engkau minta sesuatu daripadanya, dia pasti memberi..

jika engkau diam, dia mula menyapa dahulu

dan jika ada kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu,

dia pasti membantu, meringankan serta menghiburkan....


p/s :

terima kasih buat semua yang menjadi sahabatku...

belajarlah untuk menerima sahabatmu seadanya...

Learn to forgive learn to forget from any mistaken happen...

Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..

Mungkin Lebih Baik Diam....

Bismilahirahmanirahim....

LEBIH BAIK DIAM

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.


Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,


Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,


Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"


atau
"Diam-diam tong kosong"


HIKMAH BERDIAM DIRI


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.


HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".
(Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

Menasihati Orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah
memikirkan kesalahan orang.


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan Jalan yang terbaik ialah diam. Diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.


Dipetik dari: www.iluvislam.com

Thursday, March 11, 2010

Erti Sebenar Bahagia..

Bismillahirrahmanirrahim.

Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah,
anda hidup
Untuk pemikiran yang benar dan kukuh
Untuk akidah yang terbesar yang menyelesaikan
Permasalahan alam yang lampau
Menjawab persoalan mereka yang kebingungan
Semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir
Dari manakah aku datang?
Ke manakah aku hendak pergi?
Kenapa aku diciptakan?
Adakah aku hidup kembali?
Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa
Terusir segala keraguan yang degil
Terdidiklah fikiran yang waras
Terciptalah akhlak yang mulia
Dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng
kepada jalan yang benar dan lurus
Hidupmu akan dikurniakan nilai
oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina
Supaya matamu memandang di segala ufuk
Ke arah cita-cita yang tinggi
Lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat
Di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana’
Kau tudung bumimu dengan langit
dan para malaikat menjadi saksi
Itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia
Itulah asas, itulah tiang serinya
Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik
dengan namanya ; dialah orang yang berbahagia!
~Yusuf al-Qardhawi~
Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..

Sambal Nasi Lemak resepi OPAH..

gambar hiasan

Bahan A
3 gengam Cili kering ( direbus dan dikisar)
3 biji bawang merah dikisar
5 biji bawang putih dikisar
Sedikit belacan dikisar

Bahan B
Air asam jawa/asam keping secukup rasa masam
Gula Kabung/Gula Merah/ Gula biasa secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara memasak
1-Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau kemudian masukkan belacan
2-kemudian masuk cili kering yang telah direbus dan dikisar
3-Tumis cili hingga sebati bersama bawang
4-Masukan semua bahan-bahan B
5-Tumis sambal agak lama lebih kurang 2 jam 30
bg pastikan cili betul-betul masak sehingga warna cili bertukar merah
hati...bergantung pada kuantiti cili yang dimasak
6-Tambah apa-apa hingga menjadi


Kemudian hidangkan Bersama Nasi lemak, telur, ikan bilis dan timun...Selamat Mencuba..sy dah cuba dah...alhamdulilah..seronok dapat masak untuk sahabat2..

Friday, February 12, 2010

Antara Syurga dan Neraka??


Bismillahirahmanirahim..

Antara syurga dan neraka???


Yang mana kan kau pilih?

Pasti aku akan menjawab syurga


Benar –benarkah aku memilih syurga??

Mampukah aku melalui persoalan-persoalan seterusnya??


Antara derita dan bahagia?

Aku memilih derita jika itu yang menjanjikan syurga


Antara nikmat dan bencana?

Aku memilih bencana jika itu mendekatkanku pada tuhan


Antara kesakitan dan kesihatan?

Aku memilih kesakitan itu jika itu yang mengajarku makna sebuah ketabahan


Antara suka dan duka?

Aku memilih kedukaan jika itu mengajar aku erti kehidupan


Antara kesenangan dan kepayahan?

Aku memilih kepayahan jika itu mendidik aku tentang sebuah pengorbanan


Antara kebiaasaan dan terasing?

Aku memilih terasing jika itu yang berlandaskan syariat Tuhan


Antara kelapangan dan kesempitan?

Aku memilih kesempitan andai itu yang membuatkan aku lebih bersyukur


Antara syurga dunia dan syurga akhirat?

Aku memilih syurga akhirat kerana disana aku akan kekal selama-lamanya


Namun,

Mampukah aku terus bertahan..

melalui semua penderitaan,kesakitan,kedukaan, bencana, kepayahan, kesempitan dan terasing daripada kebiasaan manusia…


Mampukah aku menghadapinya

melawan semua kebahagiaan, kelapangan, keindahan dan kenikmatan syurga dunia


Ya Allah..

Kau kuatkan aku untuk terus berjuang..

Kau bimbinglahku untuk terus cekal..

Kau berikanlah aku ketabahan..

Kau tetapkanlah hatiku..

agar aku tidak kelelahan ..


Aku harus yakin bahawa semua ini hanya sementara….

Kematian pasti menjemputku..

Penghujungnya ade kehidupan menantiku…

Syurga Hakiki tanda kasih suci Ilahi..


Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..

Lantaran Cinta..

Bismillahirahmanirahim..
Menjadi suatu perkara biasa bila bercinta sebelum kahwin atas pelbagai alasan berdasarkan akal.

Tidak dinafikan ia ada baik dan buruknya tetapi jika ia dilihat pada pandangan wahyu maka banyak keburukannya terutama dari segi pelanggaran kepada hukum syariat sendiri pada kebiasaannya dan banyak membuka kepada pintu penzinaan.

Oleh kerana ia menjadi suatu kebiasaan menyebabkan kita tidak lagi menghiraukan apa kata syarak cuma kita hanya menjaga agar tidak berlaku maksiat yang lebih besar terutama zina sedangkan kebanyakan muqaddimah atau pintu zina telah pun dihampiri samada dalam keadaan sedar atau tidak.

Apakah keseronokan bercinta melebihi pegangan kita terhadap agama??

Adakah suatu yang kolot jika tidak bercinta sebelum kahwin??

Atau bagaimana cara terbaik untuk bercinta tanpa melanggar adab yang telah ditetapkan oleh syarak.

Biasanya adat bercinta mahu bercakap kemudian mahu bertemu muka seterusnya jika terus hanyut maka perkara lain akan menyusulinya walau pun bukan kesemua yang bercinta melakukannya.

Jika hendak bertemu tunang pun ada adab yang perlu dijaga apatah lagi yang belum diikat dengan apa-apa hubungan atau ikatan.

Kita lihat beberapa ayat al-Quran dan hadis nabi yang biasanya dilanggari oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin iaitu sebagaimana berikut :

1. Bahaya pandang memandang

a. Dan katakanlah Wahai Muhammad! kepada orang-orang perempuan yang beriman :

Hendaklah mereka memejamkan setengah daripada pandangan mata mereka…..
( surah an-Nur ayat 31 )

b. Sh. Buraidah RA berkata : Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Sayyidina Ali : Wahai Ali! Janganlah kamu ikutkan satu pandangan yang kedua kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama sahaja ( terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua. ( Riwayat imam Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan al-Hakim )

2. Bertemu muka bersendirian tanpa mahram

a. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia bertemu bersendirian di suatu tempat dengan seorang wanita yang tiada sertanya mahram daripadanya kerana sesungguhnya yang ketiganya tentu syaitan. ( Riwayat imam Ahmad dari Sh Jabir r.a )

b. Janganlah seseorang lelaki bertemu sendirian dengan seorang wanita yang tidak halal baginya kerana bahawasanya yang ketiganya tentu syaitan kecuali jika dengan mahramnya. ( Riwayat imam Ahmad dari Sh Amir bin Rabie’ah r.a )

3. Berjabat tangan atau bersentuhan dengan mereka yang halal kahwin

Siti Aisyah r.a berkata : Tidak! Demi Allah! Tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuhkan tangannya dengan tangan seorang perempuan lain. Baginda hanya melakukan bai’ah ( janji setia) dengan mereka (perempuan) dengan percakapan ( Riwayat imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi )

Apakah pendapat anda tentang perkara ini??

Fikirkan secara baik bukan setakat menggunakan akal sebagai petunjuk sebaliknya hendaklah dijaga batasan yang telah ditetapkan oleh agama.

Tidak rugi mengekang nafsu dengan wahyu tetapi betapa rugi menjadi hamba nafsu sehingga menentang wahyu..

;. Darul ulum online..

Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..

Mengapa kau sering menangis wahai wanita??

Bismillahirahmanirahim..

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”

Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti.

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”

“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan,

“Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah
mendengar

jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga
bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

...teratakindah.com....


p/s : menangislah wanita jika itu mampu melepaskan segala-galanya kerna bukan
semuanya mampu diluahkan dengan kata-kata..


Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..