Alhamdulilah..dengan izin Allah, dua minggu sebelum berakhirnya short sem hari tu..ana dengan semua warga ahli rumah kecuali k.shaz kerana ada urusan, diberi kesempatan untuk pergi kerumah mak angkat aini di Mantin Negeri Sembilan. Sampai kat sane mak dan abah angkat aini hidangkan makanan tengahari untuk kami..memang sedap bangat..yang paling sedap sambal tempoyak..huhuh.. semenjak duduk umah 202 ni,dah pandai sikit makan tempoyak...lagi satu air soya die..rase die mmg fully soya betol...mak kata tu orang kampung jual dorang buat sendiri..ingat sebelum balik kami nak pegi beli..
Lepas makan tengahari, kami pon ikut aini tengok kebun. Cili besar ade cili kecik pon ade. Terung bulat ade terung panjang pon ade..timun ade n macam-macam pokok macam durian, nenas,pokok cempedak n macam-macam lagi..ana paling asyik tengok pokok-pokok cili tu. Rasa macam nak buat business tanam cili pula..hehe.. Tengok la kalau ada rezeki kan..
Sebenarnye ape yang ana nak cerita, time ana tengok pokok cili tu ana terpikir betapa besarnya kuasa Allah. Cili sahaja Allah cipta berjenis- jenis, dengan bentuk,warna dan rase yang berbeza. Ade yang berbentuk panjang, kecik, bulat dan macam-macam lagi. Ade cili yang pedas macam cili burung, ade yang sederhana pedas dan ade yang memang tak pedas langsung. Cara penjagaan cili juga berbeza mengikut jenis cili tersebut. Ade cili yang hidup dikawasan suhu rendah dan ade cili yang mampu hidup dikawasan suhu yang tinggi.
(cili kecik..kecik2 pon berapi klu makan..aduh! kaki spe plak 2?)
Maha Suci Allah, tuhan yang Maha Besar. Dengan penciptaan cili sahaja sudah menunjukkan keagunggan Allah. DIA bukan sahaja mampu menjadikan malah menjaga berjenis-jenis cili dan berbeza-beza ragamnya. Penciptaan- Nya yang begitu rapi dan tersusun dimana setiap penciptaan cili ade bentuk,warna dan rasanya yang tersendiri. Begitu juga dengan kaedah penanaman dan penjagaan nya yang berbeza bergantung kepada jenis cili itu sendiri.
Jika cili sahaja ade pelbagai jenis..begitu jugalah dengan tanaman-tanaman lain dan ciptaan-ciptaan Allah yang lain..tentu terlampau banyak perkara yang mesti diurus dan disusun..Namun, sesungguhnya Dia Allah Tuhan yang Agong mampu menguruskan dan mentadbir segalanya. Malah rezeki seekor semut pon dimalam yang gelap di bawah timbunan batu adalah di bawah susunan Allah S.W.T.
Renungkanlah sejenak..jika kita masih tidak percaya kewujudan Allah atau kebesaran tuhan kita. Fikirkan mampukah seorang manusia menguruskan hanya satu benda je..contohnya cili. Menguruskan dan mentadbir cili yang berjenis-jenis dengan zat-zat yang diperlukan oleh cili, penanamanya, suhunya, nutrisinya sahaja. Rasanye boleh gila manusia dibuatnya.
Disitu dalil menunjukkan kehebatan Allah tuhan yang Maha Bijaksana. Maka beriman dan berpegang teguhlah dengan ajaran islam, serta bersyukurlah atas segala nikmat-Nya yang tidak terhingga yang tak mampu kita bayar walau sezarah pun. Beramallah semampu mungkin selagi nikmat hidup ini tidak ditarik Tuhan. Itulah sedikit selingan untuk tazkirah kita bersama.
Kembali pada citer ana di Mantin tadi..lepas2 fikir pasal cili tu ana dengan mun,aini,idah n deh pergilah depan rumah..hajat nak capai rambutan kat pokok depan rumah..tapi yang dekat bahagian rendah hanya rambutan yang tak masak lagi..idah kata klu yang sedap warna kuning tu..rambutan tu betol-betol atas kereta deh..macam mane ni nak amik dengan tangan tak sampai..last-last dengan mengunakan kudrat sendiri..ana pon dukunglah deh..nak makan rambutan punya pasal..huhu..nak amik galah kteorang malas nk minta kat mak. Akhirnya dapat lah gak amik rambutan kuning tu..memang manis r..marveles tu..heh..
Tengah makan-makan rambutan mak pon panggil kami..rupanya nak ajak makan durian pulak..kami yang memang hantu durian kecuali idah (org malaysia dr scotland la katakan, tak makan durian..hehe) kami tak melepaskan peluang untuk menikmati lemak manisnya durian..sedap!!....idah tengok jelah..kesian die tak makan durian.. sampai senak perut kami makan durian..memang dah tak larat.. tapi dah mak suruh habiskan, tak sampai hati pulak tak habiskan. Lepas tu mak ajak gi tengok cili lagi..time tu mak ceritalah macam mane nak jaga cili ni. Minat pulak dengar..macam-macam ana tanya. Nasib baiklah mak pon tak kisah nak jawab..lepas tu kami pilih anak pokok cili dan terung untuk kami bawak balik. Ingat nak tanam kat villa kesayangan kami semua. Lagipun kami semua memang kuat makan cili. Daripada hari-hari beli cili kat MSA DEEN tu baiklah tanam kat umah sendirikan.
Dah penat pilih cili kami duduk tengok tv pulak..nak rehatkan badan jap..tup2 mak panggil ke dapur..ai nak suro makan pe pulak ni?..huhuh..rupanya mak dah buat bubur kacang durian..aiseman..macam mane nak makan ni..perut dah betul2 penuh..tak makan nanti tak sopan lah pulak.. akhirnye pegi lah makan gak. Time mak pegi dapur..cepat-cepat ana amik satu senduk je bubur tu..dan cepat-cepat duduk..konon2 da makan banyaklah.. perot memang dah tak larat sangat..terpaksa gak telan..tapi memang lazizah r..heheh
Lepas saje solat asar, kami minta diri untuk balik..time nak balik tu mak bungkuskan kami bubur kacang durian lagi. Bukan tu saje, malah mak bagi nenas sebijik dan cempedak sebijik..huhuh..ngan tempoyak skali..makin bertambalah stok tempoyak kat rumah kami nanti..heh..naek segan kami dengan mak abah.
Tepat jam 6.15 kami semua bertolak balik....terima kasih banyak-banyak mak dan abah sebab layan kami,masak dan bagi macam-macam untuk kami. Kalau ade masa, kami datang lagi ea..insyallah.. Kami rasa puas sangat dapat pergi sana..bertuah betul dapat menikmati rezeki Allah..makan macam-macam buah..free pulak tu...tapi cuma kempunan tak dapat beli soya..sebab orang tu tak jual time petang..huhu..takpela takde rezeki kami kot..yang kali datang lagilah.
Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..
No comments:
Post a Comment