Daripada Uthman bin Abi al-‘As, telah bersabda Rasulullah SAW: “Puasa itu perisai, yang akan melindungi seseorang hamba daripada api neraka”. (Hadith)
Alhamdulillah, tahun ini kita masih dikurniakan kesempatan untuk menemui Ramadhan al-Mubarak. Ramadhan diinsafi sebagai bulan tarbiyah dan bulan tazkiyyah, memberi ruang untuk dimanfaatkan oleh umat Islam seluruhnya bagi meningkatkan amal ibadat kepada Yang Maha Esa. Ditegaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran lewat ayat 183 Surah Al-Baqarah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kami, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa..”Sambutan Ramadhan Kali ini marilah kita penuhi dengan memperbanyakkan ibadah. Sesungguhnya ganjaran beribadah adalah berlipat- lipat kali ganda di Bulan Ramadhan
Jom Muhasabah ibadah kita setiap hari sepanjang Bulan Ramadhan......1- Lewatkan Sahur
2-Qiyamulail
(Pastikan sepanjang Ramadhan kita bangun buat Qiyamulail,paling malas solat sunat dua rakaat je..kalau rajin banyak solat tahajjud,solathajat, solat taubat, dll..jangan tinggal sehari pun ea..)
3-Baca Al-Quran
( Satu juzuk paling kurang sehari supaya dapat khatam cukup 30 juzuk bulan Ramadhan ni..insyallah..tapi depends masing-masing..kalau ramadhan lepas dapat satu juzuk sehari cuba tingkatkan pula 2 juzuk satu hari... Ramadhan kali ini akan menjadi lebih baik dari yang lepas)
4-Solat Sunat Dhuha
( Jangan misss juga ea..tambah rezeki...mana tau banyak pula rezeki juadah berbuka : D..niat kerna Allah)
5-Solat Sunat Badiah dan Qabliah...
( Cubalah buat semampu mungkin)
6-Solat Jemaah
( Kalau boleh sentiasa cari kawan untuk solat berjemaah..besar pahala tu )
7-Infaq
(Berilah sedeqah setiap hari walaupun sedikit...macam hantar makanan ke jiran..kira sedeqah tu..belanja kawan kuih sikit ke..ni ibadah paling penting untuk menjadikan diri seorang yang pemurah)
8-Mengawalkan Berbuka..
(Jangan lambatkan berbuka..expecially yang sibuk masak kat dapur..dah masuk waktu..terus makan jangan tangguh.)
9-Solat Terawih
(Ni pun tak leh missed..sebolehnya2 kalau tak dapat berimam buat sendiri pun tak pe...insyallah sempat buat kalau kita semua pandai cari masa walaupun padat dengan tutor dan kerja)
10-Jangan Mengumpat
(Buanglah kata mengata tentang orang lain atau keluarkan kata-kata kotor..kalau rasa tak leh kawal lebih baik diam)
11-Sabar
(Sabar ea sentiasa..tak sabar baca surat kabar..hehe)
12-Berzikir
( Banyakkan berzikir dan berselawat)
lagi?????
banyak lagi....
Macam mana full tak ibadah kita hari ni??
Listkan lah apa ibadah yang kita nak buat sepanjang Ramadhan kali ini...dan check setiap hari sebelum tidur...so bandingkanlah...
Moga Ramadhan ini lebih baik dari yang lepas...kerana belum pasti masihkah ada peluang untuk kita menyambut Ramadhan akan datang..
Salam Kemaafan Dihulur....
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Bulan Pesta Ibadah
p/s : Jangan lupa check ibadah kita..kalau kurang tambah-tambah la ea..kalau terlebih..banyak banyakanlah lagi..
p/s : Umah 202 sedang melancarkan kempen penjimatan berkala khas di bulan
ramadhan...nak makan pe masak sediri...tak leh beli...huhu
Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..