Aku  takut jika aku bersahabat kerana kebaikan temanku,
Dan aku juga takut temanku bersahabat denganku kerana kebaikanku,
Kerana andai kebaikan itu hilang dan keburukan itu muncul dari temanku atau dari diriku,
Aku akan meninggalkan temanku atau aku yang ditinggalkan temanku.
Aku benar takut aku bersahabat kerana kekayaan temanku,
Dan aku juga takut temanku bersahabat denganku kerana kekayaanku,
Kerana andai temanku atau aku jatuh miskin dan hilang semua kekayaan itu,
Pasti  aku akan pergi meninggalkan sahabatku  atau temanku yang pergi meninggalkanku
Aku sangat takut jika aku bersahabat kerana kebahagiaan milik temanku,
Dan aku juga takut temanku bersahabat denganku hanya kerana kebahagiaan yang kumiliki,
Kerana andai  temanku atau aku dihantui kesedihan dan kesakitan,
Aku akan mula menjauh dari sahabatku atau sahabatku yang  menjauhkan dari diriku.
Aku takut jika aku bersahabat kerana rupa paras dan kecantikan sahabatku
Dan aku juga takut sahabatku bersahabat denganku kerana  rupa parasku,
Kerana andai kecantikan itu hilang dari temanku atau dariku,
Aku akan memandang hina sahabatku atau aku yang dipandang hina oleh sahabatku
Aku begitu takut jika aku bersahabat kerana kekagumanku kepada temanku,
Dan aku juga begitu takut temanku bersahabat denganku kerana kekagumanya padaku,
Kerana andai kecacatan muncul dan kekaguman itu hilang,
Aku akan mula membenci sahabatku atau aku yang dibenci oleh sahabatku.
Aku benar sangat takut jika aku bersahabat kerana ketinggian agama sahabatku,
Dan aku juga sangat takut temanku bersahabat denganku kerana ketinggian agamaku,
Kerana andai  temanku  atau aku melakukan kemaksiatan atau kejahatan,
Pasti  aku akan memandang jelik keteguhan iman  sahabatku atau imanku yang dipandang jelik oleh sahabatku.
Aku terlalu takut jika aku bersahabat dengan temanku kerana kesempurnaanya
Dan aku juga  terlalu  takut temanku bersahabat denganku kerana kesempurnaanku 
Kerana andai temanku atau aku melakukan kesilapan, 
Nescaya aku  akan memandang rendah temanku atau aku yang dipandang rendah oleh temanku
Kerana itu, aku selalu berdoa agar persahabatanku terjalin hanya kerana Allah
Agar  hati-hati kami ikhlas dan bisa bersatu hanya kerana Allah
Biarpun hilang kebaikan,kecantikan, kekaguman, kesempurnaan,
mahupun kekayaan,dan  kebahagiaan dari temanku atau dari diriku
Aku sentiasa disisinya dan sahabatku sentiasa disisiku.
SERULAH KEBENARAN WALAU PAHIT UNTUK DITELAN.. SAHUTLAH PERJUANGAN
PERTAHANKAN KEAGGUNGAN ISLAM...BANGKITLAH MENJADI PEWARIS 
GENERASI AL-QURAN DEMI MENDAPAT KEREDHAAN TUHAN.
No comments:
Post a Comment