Tuesday, February 1, 2011

akukah?

terlalu lama rasanya..
aku tidak menjengah board ni..
terlalu lama rasanya aku membiarkan ruang ini kosong tanpa bingkisan
terlalu lama rasanya jari ku tidak menari laju di skrin..
untuk menitipkan sedikit kalimah

ketandusan idea..
atau otakku telah mebeku sendiri
aku sendiri tak pasti..
bagaikan ade yang menghalangku..
untuk mencabahkan benih-benih  di otak ku..
tangan ku bagai selalu mengigil kaku..

aku tak mampu lagi menterjemahkan
semua yang menjerut rasa..
hingga aku sendiri tidak mengenali diriku..
aku kah aku??...atau siapa..??

ku renung kembali semua lembaran lame ku
yang memenuhi ruangan ini..
lame ku tenung
makin ku tertanya
benarkah aku yang menulisnya??..

sedangkan aku tak mampu lagi
menerbitkan secebis pelangi
dalam senja yang  kini benar- benar gelap..

mataku terpana
pada skrin yang sama
aku termenung jauh.
menebus bayangan silam
memikirkan aku..
benarkah aku??...
akukah aku??
bisakah aku menjadi aku..??

Monday, January 3, 2011

Moga terus ikhlas dalam bersahabat...

Aku takut jika aku bersahabat kerana kebaikan temanku,
Dan aku juga takut temanku bersahabat denganku kerana kebaikanku,
Kerana andai kebaikan itu hilang dan keburukan itu muncul dari temanku atau dari diriku,
Aku akan meninggalkan temanku atau aku yang ditinggalkan temanku.

Aku benar takut aku bersahabat kerana kekayaan temanku,
Dan aku juga takut temanku bersahabat denganku kerana kekayaanku,
Kerana andai temanku atau aku jatuh miskin dan hilang semua kekayaan itu,
Pasti aku akan pergi meninggalkan sahabatku atau temanku yang pergi meninggalkanku

Aku sangat takut jika aku bersahabat kerana kebahagiaan milik temanku,
Dan aku juga takut temanku bersahabat denganku hanya kerana kebahagiaan yang kumiliki,
Kerana andai temanku atau aku dihantui kesedihan dan kesakitan,
Aku akan mula menjauh dari sahabatku atau sahabatku yang menjauhkan dari diriku.

Aku takut jika aku bersahabat kerana rupa paras dan kecantikan sahabatku
Dan aku juga takut sahabatku bersahabat denganku kerana rupa parasku,
Kerana andai kecantikan itu hilang dari temanku atau dariku,
Aku akan memandang hina sahabatku atau aku yang dipandang hina oleh sahabatku

Aku begitu takut jika aku bersahabat kerana kekagumanku kepada temanku,
Dan aku juga begitu takut temanku bersahabat denganku kerana kekagumanya padaku,
Kerana andai kecacatan muncul dan kekaguman itu hilang,
Aku akan mula membenci sahabatku atau aku yang dibenci oleh sahabatku.

Aku benar sangat takut jika aku bersahabat kerana ketinggian agama sahabatku,
Dan aku juga sangat takut temanku bersahabat denganku kerana ketinggian agamaku,
Kerana andai temanku atau aku melakukan kemaksiatan atau kejahatan,
Pasti aku akan memandang jelik keteguhan iman sahabatku atau imanku yang dipandang jelik oleh sahabatku.

Aku terlalu takut jika aku bersahabat dengan temanku kerana kesempurnaanya
Dan aku juga terlalu takut temanku bersahabat denganku kerana kesempurnaanku
Kerana andai temanku atau aku melakukan kesilapan,
Nescaya aku akan memandang rendah temanku atau aku yang dipandang rendah oleh temanku

Kerana itu, aku selalu berdoa agar persahabatanku terjalin hanya kerana Allah
Agar hati-hati kami ikhlas dan bisa bersatu hanya kerana Allah
Biarpun hilang kebaikan,kecantikan, kekaguman, kesempurnaan,
mahupun kekayaan,dan kebahagiaan dari temanku atau dari diriku
Aku sentiasa disisinya dan sahabatku sentiasa disisiku.



SERULAH KEBENARAN WALAU PAHIT UNTUK DITELAN.. SAHUTLAH PERJUANGAN
PERTAHANKAN KEAGGUNGAN ISLAM...BANGKITLAH MENJADI PEWARIS
GENERASI AL-QURAN DEMI MENDAPAT KEREDHAAN TUHAN.