Tuesday, May 18, 2010

Kerna dosa Kelmarin...

Bismillahirahmanirahim

Resah menggamit jiwa
Mencoret hirisan kepiluan
Bagai kenanaran itu mula kembali menguasai jiwa

Aku buntu
Harus bagaimana
Aku mahu hentikan semua ini
Demi membetulkan kesilapan lalu
Sebelum parut lama kembali bernanah
Sebelum lukaku semakin parah

Bagaimana harus ku mulakan bicara
Sedangkan lidah ku terus kelu untuk berbicara
Dan bibirku lebih memilih untuk terus membisu
Hakikatnya aku sudah terlalu banyak memendam

Ya Alllah kuatkan aku
Agar tidakku ulangi dosa kelmarin
Bimbinglah aku untuk menghadapi semua ini
Walau aku terus disakiti
Walau semuanya terus-terusan menghantui hidupku
Dan air jernih itu sering membasahi pipiku
Aku harus terus berjuang
Kerna aku benar-benar mahu kembali pulang


Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..

Thursday, May 13, 2010

My favorite kuih lapis...huhuh

Bismilahirahmanirahim...




Tetiba rasa nk buat kuih lapis..teringin sangat nak makan...saya pun belilah tepung beras..jom try buat..

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk / pakai susu cair pun leh kalau santan takde
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc or tak kisahla.
4 cawan air / kalau pakai susu cair kurangkan air takut cair.

Cara-cara

1. Blender gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul.

2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau atau ikut suka je

4. Kacau biar warna sekata. Kemudian masukan adunan pewarna pertama dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak. Biarkan selama dua minit sehingga adunan pewarna pertama sedikit keras kemudian barulah letak adunan pewarna yang kedua dan biarkan juga selama dua minit.

5. Ulang langkah tersebut berselang seli diantara adunan warna pertama dan adunan warna kedua sehingga habis adunan dalam periuk kukus

6. Kemudian setelah siap kukus keluarkan loyang dan sejukkan.
Selamat Mencuba.

Wednesday, May 12, 2010

Kenapa ramai memilih neraka???

Bismillahirahmanirahim...

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu Rasulullah SAW: "Semua umat ku akan masuk ke dalam syurga, melainkan orang yang enggan. Sahabat merasa hairan lalu bertanya: Ya Rasulullah~! Siapa yang tidak suka masuk syurga?. Maka Rasulullah SAW menjawab: Sesiapa yang taat kepada ku bererti dia mahu masuk syurga dan sesiapa yang menyalahi ajaranku (sunnahku) maka orang itulah yang tidak mahu masuk syurga." (Hadith riwayat al-bukhhari)

Marilah kita renung sejenak, kemanakah nasib kesudahan kita nanti?

Adakah kita akan dimasukkan kedalam syurga atau dicampakkan ke dalam neraka?

Dalam kehidupan di dunia yang penuh denga tipu daya ini, apakah yang ingin kita cari sebenarnya?

Adakah kejayaan, kemewahan, kesenangan yang kita kecapi menjamin untuk kita masuk ke
dalam syurga Allah?

Ataupun semua itu menjadi perangkap kepada kita untuk dicampakkan ke dalam neraka?

Tetapi kenapalah ramai manusia yang memilih untuk dijadikan bahan bakar api neraka?

Persoalannya adakah kita percaya kepada Hari Kiamat yang pasti akan berlaku? Sejauh manakah keimanan kita semua beriman kepada Sang Pencipta?

Cuba kita bayangkan bilamana seseorang manusia masuk kedalam neraka, jamuan pertama yang akan dihidangkan adalah buah Zaqqum. Buah Zaqqum merupakan buah yang berduri, berbisa, panas dan mayangnya ibarat kepala syaitan. Kita akan makan dengan gelojoh hinggakan terkoyak isi perut dan sehingga penuh sampai ke kerongkong. Setelah itu kita akan meronta kesakitan kerana terlalu sakit. Kemudian Allah datangkan pula minuman dari cairan tembaga yang sangat panas, ketika itu kita akan minum seolah-olah unta yang kehausan. Ketika itu akan hancur lebur segala isi perut kita dan terkeluar melalui lubang punggung kita. Tapi kata Ibn Qayyim Aljauziah, ini baru jamuan keraian, belum lagi siksaan yang sebenarnya. Sanggupkah kita menanggungnya..???

Bagaimana boleh kita memilih untuk ke neraka sedangkan Allah dan ceritakan kepada kita tentang azab-azab neraka yang sangat dahsyat. Bagaimana kita dapat tahan untuk berada dalam neraka padahal api di dunia pun kita tak sanggup nak pegang. bila kita terkena api sikit pun kita dah tak dapat tahan kesakitan, bagaimana kita nak tempuh api neraka yang sangat panas.

Marilah kita renung dan kita cuba lakukan perubahan.

http://my.opera.com/Hilmi92/blog/

Saturday, May 1, 2010

Apabila jiwamu kosong

Bismillahirahmanirahim...
Apabila jiwa kosong maka
kehidupan umpama lorong duka lara,
simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan
sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.
Tidak ada lagi keindahan pada mahligai tersergam
juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.
Jiwa adalah sarang kebahagiaan, taman ketenangan dengan seribu janji senyuman.
Kemanakah perginya kelazatan
pada sajian hebat yang terhidang dimeja kehidupan.
Dari manakah datangnya kepanasan
di ruangan berhawa dingin yang membekukan hati.
Manusia tetap manusia,
memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwanya
agar dirinya mengenal erti takut dan tunduk.
Kerana takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian
dan tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.
Keberanian untuk menempuh pahit dan getirnya kehidupan
serta ketinggian untuk memetik buah kebahagian dalam rimbunan pepohon keimanan