“Cintalah cinta yang dihati,
Itu cinta yang sejati.
Cinta di mata cinta palsu.”'CINTA' adalah suatu perkataan yang tidak asing lagi kepada manusia. Manusia tidak boleh lari dari perasaan mencintai ataupun dicintai oleh seseorang. Cinta memainkan peranan yang besar dalam kehidupan.
Manusia tidak boleh lari dari masalah cinta ini. Tetapi tahukah kita, apa dia hakikat cinta yang sebenar. Pada siapa hendak meletakkan cinta?
Cinta adalah sesuatu perasaan yang suci yang telah Allah kurniakan pada setiap manusia. Maka berhaklah manusia untuk meletak atau memberikan cinta kepada sebarang manusia. Tetapi biarlah cinta itu selaras dengan kehendak Allah. Agar dengan cinta juga. Ianya menjadi ibadah kepada kita.
Lihatlah bagaimana Allah mencipta Hawa untuk dijadikan pasangan hidup Nabi Adam. Nabi Adam keresahan hidup di syurga , kerana tidak mempunyai teman. Apabila Nabi Adam menuruti kehendak Hawa memakan buah khuldi, lantas terlantar mereka berdua di dunia yang fana ini.
Mungkin ini adalah pengorbanan cinta di antara mereka berdua. Namun seribu penyesalan dan taubat telah mereka lakukan. Sekarang Allah telah menerima taubat dan penyesalan mereka.
Terjalinnya hubungan cinta antara Nabi Adam dan Hawa, maka keturunan manusia dapat membiak hingga ke hari ini. Wujudlah kita di hari ini lantaran adanya peranan cinta.
Rasa cinta pasti ada pada setiap makhluk yang bernyawa. Cuma kadang-kadang manusia ini, terlalu menurukan kehendak cinta, hingga menggagalkan kehidupan mereka. Cinta nafsu terlalu diperturutkan. Hingga ada yang sanggup membunuh diri bahkan kadangkala membunuh orang lain kerana cinta.
Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya adalah sebenar-benar cinta. Selainnya adalah palsu dan tidak boleh menyelamatkan seseorang itu. Cinta kepada apa yang wujud di dunia ini, semuanya tidak kekal. Bagaimana kuat pun hubungan seseorang itu terhadap seseorang yang lain atau kepada benda yang ada di dunia ini, itu semua tidak berpanjangan.
Apabila kita mati apa yang kita cintai akan ditinggalkan di dunia ini. Hanya kain kafan sahaja yang layak dibawa oleh manusia ke dalam kubur. Selebihnya adalah amalan kerana Allah sahaja yang dapat dijadikan bekalan untuk dihadapkan kepada Allah yang Maha Kuasa.
Selain itu tidak akan dapat menolong kita kecuali dengan amalan-amalan yang telah diterima oleh Allah.
Kembalilah manusia kepada mencintai Allah, dengan mengikut segala perintah Allah. Membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang telah dilarang oleh-Nya. Disebalik menyintai Allah, manusia lain akan turut menyintai dan menyayangi kita. Kejarlah cinta Allah, agar kita dicintai!Bila cinta bertasbihYa Allah jika cinta itu mula bertasbih
berputik di kamar hati ini
Biarlah ia adalah cinta Aggung kepada-Mu
Cinta hakiki Cinta Ilahi
Bukan cinta yang berlantera nafsu
yang indahnya pada pandangan mata
diselebungi kipasan nikmat godaan syaitan
yang puitisnya mengkhayalkanku
hingga dibuai lena atas dunia fantasi
atas nama cinta seorang jejaka
Hadirnya mengelisahkanku
hingga malam-malamku tidak ku isi lagi untuk bertahajud padamu
zikir ku berselirat dengan rantaian rindu yang menyakitkan
Hati mula resah
Jiwaku gelisah menanti jawapan yang tak pasti
Mengundang panahan cinta yang menyesakkan
Ya Allah
Jangan biarkan cinta itu bersarang di hatiku
Jika ia membawaku
Jauh dari cinta-Mu
Biarlah ia berlalu
kerana debu-debu itu
mampu mengotorkan
Sesuci kain putih ku...Andai juga cinta itu bertasbih
aku reda pada ketentuanmu
biarlah ia atas susunan mu
biarlah dari pilihanmu
kerna KAU Maha Mengetahui
yang terbaik untuk ku
Dunia dan Akhirat
aku pasrah...
Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..
Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..
Monday, December 14, 2009
Ketika cinta bertasbih...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment