Monday, December 14, 2009

Ketika cinta bertasbih...


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com


“Cintalah cinta yang dihati,
Itu cinta yang sejati.
Cinta di mata cinta palsu.”


'CINTA' adalah suatu perkataan yang tidak asing lagi kepada manusia. Manusia tidak boleh lari dari perasaan mencintai ataupun dicintai oleh seseorang. Cinta memainkan peranan yang besar dalam kehidupan.

Manusia tidak boleh lari dari masalah cinta ini. Tetapi tahukah kita, apa dia hakikat cinta yang sebenar. Pada siapa hendak meletakkan cinta?

Cinta adalah sesuatu perasaan yang suci yang telah Allah kurniakan pada setiap manusia. Maka berhaklah manusia untuk meletak atau memberikan cinta kepada sebarang manusia. Tetapi biarlah cinta itu selaras dengan kehendak Allah. Agar dengan cinta juga. Ianya menjadi ibadah kepada kita.

Lihatlah bagaimana Allah mencipta Hawa untuk dijadikan pasangan hidup Nabi Adam. Nabi Adam keresahan hidup di syurga , kerana tidak mempunyai teman. Apabila Nabi Adam menuruti kehendak Hawa memakan buah khuldi, lantas terlantar mereka berdua di dunia yang fana ini.

Mungkin ini adalah pengorbanan cinta di antara mereka berdua. Namun seribu penyesalan dan taubat telah mereka lakukan. Sekarang Allah telah menerima taubat dan penyesalan mereka.

Terjalinnya hubungan cinta antara Nabi Adam dan Hawa, maka keturunan manusia dapat membiak hingga ke hari ini. Wujudlah kita di hari ini lantaran adanya peranan cinta.

Rasa cinta pasti ada pada setiap makhluk yang bernyawa. Cuma kadang-kadang manusia ini, terlalu menurukan kehendak cinta, hingga menggagalkan kehidupan mereka. Cinta nafsu terlalu diperturutkan. Hingga ada yang sanggup membunuh diri bahkan kadangkala membunuh orang lain kerana cinta.

Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya adalah sebenar-benar cinta. Selainnya adalah palsu dan tidak boleh menyelamatkan seseorang itu. Cinta kepada apa yang wujud di dunia ini, semuanya tidak kekal. Bagaimana kuat pun hubungan seseorang itu terhadap seseorang yang lain atau kepada benda yang ada di dunia ini, itu semua tidak berpanjangan.

Apabila kita mati apa yang kita cintai akan ditinggalkan di dunia ini. Hanya kain kafan sahaja yang layak dibawa oleh manusia ke dalam kubur. Selebihnya adalah amalan kerana Allah sahaja yang dapat dijadikan bekalan untuk dihadapkan kepada Allah yang Maha Kuasa.

Selain itu tidak akan dapat menolong kita kecuali dengan amalan-amalan yang telah diterima oleh Allah.

Kembalilah manusia kepada mencintai Allah, dengan mengikut segala perintah Allah. Membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang telah dilarang oleh-Nya. Disebalik menyintai Allah, manusia lain akan turut menyintai dan menyayangi kita. Kejarlah cinta Allah, agar kita dicintai!


Bila cinta bertasbih

Ya Allah jika cinta itu mula bertasbih
berputik di kamar hati ini
Biarlah ia adalah cinta Aggung kepada-Mu
Cinta hakiki Cinta Ilahi

Bukan cinta yang berlantera nafsu
yang indahnya pada pandangan mata
diselebungi kipasan nikmat godaan syaitan
yang puitisnya mengkhayalkanku
hingga dibuai lena atas dunia fantasi
atas nama cinta seorang jejaka

Hadirnya mengelisahkanku
hingga malam-malamku tidak ku isi lagi untuk bertahajud padamu
zikir ku berselirat dengan rantaian rindu yang menyakitkan
Hati mula resah
Jiwaku gelisah menanti jawapan yang tak pasti
Mengundang panahan cinta yang menyesakkan

Ya Allah
Jangan biarkan cinta itu bersarang di hatiku
Jika ia membawaku
Jauh dari cinta-Mu
Biarlah ia berlalu
kerana debu-debu itu
mampu mengotorkan
Sesuci kain putih ku...

Andai juga cinta itu bertasbih
aku reda pada ketentuanmu
biarlah ia atas susunan mu
biarlah dari pilihanmu
kerna KAU Maha Mengetahui
yang terbaik untuk ku
Dunia dan Akhirat
aku pasrah...


Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..

Thursday, December 10, 2009

Puding roti..



Bismilahirahmanirahim

Petang tadi sempat buat puding roti...saja nak habiskan roti kat umah daripada berkulat gitu je..
Ni paling simple dan senang lah..tak payah susah-susah buatnya..

Roti - dicarik-carik dan mampatkan dalam bekas

Taburkan pape bahan yang disukai atas roty

-Kismis
-Oat
-Konflik
-Kacang
-Chery
-Epal dipotong kecil-kecil
-ikot sukalah ea..

Kemudian
masukan susu cair dalam satu bekas dan kacau dengan sebijik telur dan masukkan gula secukup rasa..

Then..
Masukan susu tadi ke dalam bekas roti tadi dan mampatkan

Kemudian
Bakar di Oven lebih kurang 25 minit

That's alll...Selamat mencuba!!

pulut panggang moden


Bismillahirahmanirahim

Time cuti- cuti sem ni..lepas balik office kalau datang mood rajin saya akan menghabiskan masa malamku untuk buat papelah jenis kuih... kalau rajin lah... malam semalam sempat lah buat pulut panggang versi sendiri versi pemalas sebenarnya...

Pulut tu cam biasalah masaknya
Inti :

10 bijik bawang merah

5 bijik bawang putih

4 ulas cili besar

Semua bahan tadi blend sampai hancur..

Kemudian tumis

Kelapa parut dengan sedikit santan sampai kering....

ikut sukalah nak tambah pape...redah je...janji sed0ppp

pulut ni pas kukus terus bentukan jadi bulat-bulat lepas tu goreng sekejap atas kuali tanpa minyak..macam pangganglah..huhu..pemalas nak panggang..lepas tu gelek pulut yang dah jadi bulat bulat atas inti kelapa yang dah dibuat.then siap untuk dimakan...

''Wehdah 09''

Bismilahirahmanirahim

Lama betul tak update blog ni..mula2 sibuk dengan final exzam..lepas tu sibuk dengan kerja pulak..sebenarnya lama sangat nak update tapi tak kesampaian..

Lepas final exzam hari tu saya sempat join program WEHDAH '09.. Alhamdulilah dan syukur tidak terhingga kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk menyertai tersebut dan sama-sama menjayakannya. Program ini yang bermula dari 23- 25 november 2009 mendapat sambutan besar peserta-peserta dari IPT-IPT lain..

Apa yang saya nak kongsi adalah satu syuur yang sangat berbeza yang saya rasai bila bekerja dengan semua ahli jawatankuasa dan urusetia yang telah dipilih seolah-seolah kami berkerja dalam satu jemaah..seperti mana yang saya rasai bila bekerja dengan sahabat dan sahibah dalam kerja-kerja dakwah..bila hati-hati berkumpul dan bersatu... bersama-sama bekerja untuk mendapat keredhaan-Nya tanpa mengira penat lelah ,masa dan tenaga..bagi saya semua unit telah menjalankan tanggujawab dan amanah mereka dengan sebaiknya..syabas dan tahniah saya ucapkan kepada En. syafful selaku penasihat,jawatankuasa tertinggi Wehdah..ahli-ahli jawatankuasa dan semua urusetia..

Saya sangat kagum dengan komitmen yang diberikan..pic-pic dan koordinator yang kebanyakan masih muda dan tidak berpengalaman semuanya berjaya memberikan hasil terbaik...tahniah terutama saya ucapkan kepada unit program.. bagi saya unit inilah penyumbang terbesar dalam memastikan kelancaran perjalanan seluruh tentatif program dengan jumlah ajknya yang sedikit..begitu juga unit-unit lain yang terlibat secara lansung atau tidak..

Apa yang paling penting ialah niat dan kaedah yang kita gunakan..percayalah bila niat yang suci dan ikhlas melakukan tugas kerana Allah dan kaedah yang digunakan selari dengan syariah islam seperti menjaga batas pergaulan, pertuturan dan tidak tanduk pasti semua akan menjadi mudah serta mendapat naugan dan rahmatnya...

Bagi semua yang berkerja di bawah unit dekumentasi dan it...jazakillah dan sekalung tahniah saya ucapkan kerana sudi mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan program WEHDAH '09.

Kenangan yang paling saya tak boleh lupakan ialah selepas aktiviti bengkel dua..semua jurulapor dari unit dokumentasi dan bantuan dari unit pencetakan perlu mengemas kini semua laporan yang dicatit di dalam bengkel 2. Memandangkan kami kekurangan laptop dan laporan yang perlu ditaip adalah untuk 7 bilik yang berbeza..maka ada yang terpaksa menggunakan PC diatas pentas di bilik-bilik dkp untuk menaip laporan tu..

Kami mesti menyiapkan sebelum malam menjelma bagi membantu unit program menyiapkan resolusi.. apa yang paling saya kagum ada urusetia yang sanggup berdiri hampir 3 jam di depan PC di dkp 1 tanpa duduk untuk menyiapkan laporan itu...Syukran sangat atas komitmen anda.. tempat pukul 7.10 kami berjaya menyiapkan keseluruhan laporan bengkel tersebut.
Satu lagi memory yang terpahat dalam minda saya ini ialah time malam last before 25 hari bulan November..unit kami diminta untuk menyiapkan video dan satu buletin mengenai aktiviti WEHDAH '09. Jadi beberapa dari unit kami perlu stay up di bilik vip dkp 1 yang menjadi bilik gerakan unit kami. Kami telah membahagi dua kerja kami Buletin disiapkan oleh muslimin iaitu koordinator muslimin dan pic muslimin bersama ajk-ajk muslimin lain. Manakala video disiapkan oleh muslimat...rezeki kami pic muslimin siap belanja burger untuk semua yang stay up malam tu..syukran...lebih kurang jam 3 pagi buletin siap dan kami mencadangkan agar muslimin semua balik kerana besok mereka akan terlibat untuk merakam aktiviti -aktiviti program..

Kami muslimat terus berkampung dibilik gerakan dkp 1 menyiapkan video tersebut untuk jangkaan masa 10 seperti yang diminta.. sehinggalah pagi. Selepas subuh bila kami selesai menyiapkan video dan hanya tinggal nak save video marker yang di buat..Allah izin tiba-tiba laptop yang digunakan stuck.. kami baru bercadang untuk pulang dan mandi selepas subuh.. namun memandangkan video yang kami buat tidak dapat di save dan akan ditayangkan pada sesi rumusan niat tadi dibatalkan. Lebih kurang pukul 8.15 unit teknikal menelefon kami untuk video yang sepatutnya disiapkan...

Alamak..makin gabra la kami...kami minta ditangguhkan tayangan pada sesi penutup pada pukul 11.00.. Alhmdulilah En.Syafful setuju.. niat kami untuk pulang kami batalkan.. dengan kesuntukan masa yang tinggal akhirnya kami berjaya menyiapkan video tersebut tetapi hanya untuk 4 minit..kerana itu sahaja yang sempat dibuat sebelum majlis penutup bermula..huh..selepas itu barulah kami pulang dan bersiap kembali ke usim untuk majlis penutup..alhamdulilah lega rasanya walaupun agak terkilan kerana video yang kedua kami buat tidak sesempurna seperti video yang pertama.. kita hanya mampu merancang dan perancangan Allah yang terbaek..

Jazakillah dan tahniah di ucapkan kepada semua ahli dan urusetia unit dokumentasi dan it..jasa dan pengorbanan anda hanya Allah yang dapat membalasnya..dan jutaan terima kasih kepada semua yang telah berjuang untuk program ini secara lansung atau tidak...moga segala usaha dan kepayahan yang kita rasai mengeratkan ukhuwah kita sebagai satu keluarga dan diredhainya...mohon maaf atas segala khilaf, ketelanjuran dan tindak tanduk yang tidak yang tidak menyenangkan..moga persahabatan ini kekal selamanya...Pesan ku jangan serik bekerja di jalan Allah..walau hasil penat jerihnya tidak nampak didunia..tapi besar ganjaranya di syurga..Bangkit lah dan terus berjuang atas nama Islam...Amin

Thursday, October 15, 2009

When I Feel TIRED!!

Bismillahirahmanirahim...



When I feel tired..

What can I say..



When I feel tired..

I dont care anything..



When I feel tired..

I can't even thinking..



When I feel tired..

I feel sleepy..


When I feel tired..

Dont disturb me..



When I feel tired..

Give me some rest..

to recharge back my energy..



When I feel tired..

I will go down..



But CAN I FEEL TIRED??

NO!!



Because..

I have a lot of comitment..

I must settle all my responsible..

I need to finish all my work..

I have to be success..



So, I must cover it..

Even, I am so TIRED..

P/S : Jamuan ari raya ILIK..this weekend..sory i can attend..huhuh


Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..

Friday, October 2, 2009

Moga Kau Mengerti??


Bismilahirahmanirahim..

Teman
Semakin kita rapat semakin ku kenali isi hatimu..
Semakin lama kita bersama makin ku fahami perangaimu..
Semakin kita dekat makin ku lali dengan tabiatmu..
Semakin kita bersatu, hati kita menjadi satu

Teman
Kata-katamu mengangkat semangat ku..
Nasihatmu mendorong perjuanganku…
Arahanmu mendisplinkanku…
Kemarahanmu menanam benih kesabaranku
Sindiranmu mematangkan diri ku..
Bebelanmu menjadikan diri ku lebih perihatin..
Rajukmu mengajar aku mengenal erti kehidupan

Teman...
Aku tak mampu berkata bila hati disakiti…
Aku tak mampu meluahkan bila jiwa terseksa…
Aku tak sampai hati memarahimu bila jiwa membara…
Aku tak berani merajuk kerana aku sendiri tak berdaya untuk memujuk..
Aku tak kuat untuk mengatakan tidak walaupun diriku penat…
Aku hanya mampu diam dan memendam…

Teman..
Aku juga insan biasa..
Maafkan segala khilafku..
Walau apa pun berlaku antara kita..
Aku mahu kau tahu dan mengerti
Aku akan belajar untuk terus SAYANG padamu
Aku akan tetap SAYANGKAN mu
Aku akan sentiasa SAYANG padamu
Aku SAYANG padamu..

Khas untuk yang Mencintainya...


Bismilahirahmanirahim..

Aku mencintai
Hujan itu
Turunnya suci bersinar
Segar menimpa jasad
Menggamit memori
Renungan hati
Tenang dalam diri

Ku melangkah
Meredah rintikan
Kabus pandangan
Angin sejuk berhembus
Selembut belaian
Membuka hati
Sedari rahmat Ilahi

Turunnya hujan
Menyingkap kesucian
Pada debu dan kotor
Tiada lagi asap hitam
Tebal menyumbat paru
Menyingkap kenangan
Muhasabah abid pada Tuhan

Aku berjalan
Di dalam hujan
Lalu aku dongak
Memandang awan
Betapa aku sedari
Hujan itu aku cintai...


copy from somebody


P/S : untukk insan yang mencintai hujan....sapekah itu??

P/S : Minggu ni penuh dengan test and quiz..next week pun sama..huhuh..chay0k!! bitaufiq wannajah.


Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..

Monday, September 21, 2009

Salam Lebaran Salam Eid' Fitri

SALAM LEBARAN SALAM EID' FITRI,
BUAT SEMUA INSAN YANG DISAYANGI,

SALAM KEMAAFAN KUPOHONI,

MOGA SYAWAL DIRAI DIBERKATI ILAHI.

SALAM EID'IFITRI...


MAAF ZAHIR DAN BATIN




Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..

Wednesday, September 16, 2009

Pandangan dan Sangkaanmu...



-Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinlah dia lebih baik darimu,
ucapkanlah
dalam hatimu : "Mungkin kedudukanya disisi Allah jauh lebih baik
dan lebih tinggi dariku".


-Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu : "Anak ini belum
bermaksiat
kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat
kepadanya".

-Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu : " Dia telah beribadah
kepada Allah
jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dari diriku".

-Jika bertemu dengan seseorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu :
"Orang ini
memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai
kedudukan yang tidak aku capai,
mengetahui apa yang tidak aku ketahui dan
dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dari
diriku".

-Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu : "
Orang ini
bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh tidak tahu, sedangkan aku
bermaksiat kepadanya
padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu
bagaimana akhirnya umurku dan
umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku".

- Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah dalam hatimu :" Aku tidak
tahu bagaimana
keadaanya kelak, mungkin diakhir usianya dia memeluk islam
dan beramal soleh. Dan
mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan
berbuat baik".



P/S : dOnt judge b00ks by its cOver.....jangan menilai seseorang dari pandangan mata tapi
nilailah seseorang dari pandangan hati.


Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..

Monday, September 14, 2009

Perginya untuk ditangisi..


Bismillahirahmanirahim

Bulan istimewa,
Bulan yang sungguh mulia ini dan dipenuhi barakah dan makfirah...
Bulan yang bebas dari hasutan dan pujukan syaitan yang menyesatkan..
Bulan kebaikan untuk beramal ibadah..
Bulan pesta ibadah...
Bulan yang pahala ibadahnya dilipat gandakan..
Bulan yang memiliki satu malam yang melebihi seribu bulan...
Bulan istimewa yang hadir hanya sekali satahun...

Itulah bulan Ramadhan...
Bulan yang akan meninggalkan kita tidak lama lagi..
Pemergian Ramadhan sepatutnya ditangisi...

Bagaimana Ramadhan kali ini? Lebih baik dari yang lepas atau???? Bagaimana??
Kita yang mampu menjawabnya...

Sedar tak sedar Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya....
Baki hari yang masih tinggal ini teruslah kita penuhi dengan amalan dan ibadah...
Merebut peluang yang masih ada ini..
Mengejar malam lailatulqadar..
Malam yang lebih baik dari seribu bulan...
Malam yang menyamai usia manusia selama 83 tahun...
Teruskan perjuangan...tingkatkan hamasah dan usaha...

Firman Allah dalam surah Al-Qadr ayat 1-3 yang bermaksud:

"Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Ketahuilah bahawa malam kemuliaan itu adalah lebih baik dari 1000 bulan(83 tahun 4 bulan)"

Moga kita tidak tergolong seperti sebahagian manusia yang girang menyambut pemergian Ramadhan...

Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya...Bagaimana kita menyambut pemergiannya??

Apa persiapan kita untuk pemergian Ramadhan kali ini??
Jom check??

-Sempat ke hatam satu Al-quran ni?
-Dapat bangun qiamulail tak setiap hari?
-Dapat ke ni malam lailatul qadar?
-Penuh ke puasa tahun ni?
-Sempurna ke puasa kali ni?
-Banyak ke amal ibadat Ramadhan kali ni?

atau sebenarnya ini yang kita sibukkan disaat penghujung Ramadhan ini.......

-Baju Raya berapa pasang tahun ni ea?
-Kasut raya tak beli lagi??
-Kuih raya tak siap lagi?
-Langsir rumah tak tukar lagi?
-Perabot baru tak beli lagi?
-Duit raya tak tukar dekat bank lagi?
-Tiket bas balik raya tak beli lagi??
-Kereta @ Motor tak modified lagi??

Mana yang lebih kita sibukkan???...fikirkanlah dan jawapan ye ade pada kita..

Namun hakikatnya ramai yang sibuk dengan urusan menyambut ketibaan syawal...sehingga letih, penat dan lelah untuk beramal ibadah..tak habis-habis dengan persiapan baju baru, langsir baru, sofa baru, kereta baru, semualah nak ditukar baru...supaya nampak serinya di hari raya... betul ke??...atau niat hendak menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah sesama sanak saudara dan jiran tertangga...

Sibuk menghias rumah, membuat kuih raya, membakar lemang, mengaul dodol, menganyam ketupat..dan macam- macam lagi..

Hal-hal ini membuat kita lupa untuk beristiqamah dalam beramal ibadat mengejar pahala yang berlipat ganda...lihatlah di penghujung ramadhan ini jemaah di masjid-masjid yang bersembahyang terawih mula berkurangan...bacaan Al-Quran daripada satu juzuk sehari hanya tingga 2 hingga 3 muka sehari...Amalan -amalan sunat terus berkurangan...Alunan zikir-zikir dan al-quran digantikan dengan lagu-lagu raya yang meriangkan.....Bagaimana pemergian ramadhan hendak ditangisi??..jika situasi yang mengembirakan ini sahaja sibuk kita penuhi...

Malam-malam terakhir ini seharusnya dipenuhi dengan bertahajud, bertaubat, zikir dan alunan al-quran...Rasullullah dan juga para sahabat sendiri bila menjelang 10 malam terakhir mereka meningkatkan hamasah untuk memperbanyakkan ibadah...merebut semua peluang yang ada...
diriwayatkan :-

"Beliau(Rasulullah SAW) beribadat hingga menjelang Subuh"
(Hadis Riwayat Muslim)


Ramadhan
Pemergianya sepatutnya ditangisi...
Peluang hebat dibulan bonus ini akan meninggalkan kita..
Syaitan akan kembali dilepaskan...
Pintu neraka akan kembali dibuka...
Pahala amalan tidak lagi dilipat gandakan..
Tidak sedihkah kita???
Perginya bulan istimewa ini??
Bagaimana Ramadhan kali ini lebih baik atau tidak??
Tepuk dada tanyalah diri sendiri??

P/S : Tangisilah pemergian Ramadhan dan Sambutlah hari kemenangan pada pagi syawal dengan kemeriahan...

P/S : test ngan quiz bertimbun balik cuti raya ni...cuti pon macam tak cuti..huhu..moga dipermudahkan..



Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..

Wednesday, September 9, 2009

Iftar Ex ahli Rumah A-4-3 (tamhidi USIM)


A-4-3


Bismilahirahmanirahim....

huhuh....rancang punye rancang akhirnya dapat juga semua ex-A-4-3 berbuka bersama petang ahad tu...alhamdulilah..

Al-kissaaaaaaaaah....

Lepas balik program kat bangi...petang tu time saya tengak duduk rehat-rehat kat sofa bawah....
ringtone message saya bernyanyi merdu...merdu ke..:-)

"disatu kesaktian cinta
pengorbanan menjadi rela
lalalala..."

new message..

"maya...bdk umah kte semua jd nak gi buka puasa same2..
cmner maya leh x?"
-msg from nana-

time tu saya kat bawah handset kat atas...so tak dengar ada message masuk...lepas tu second message lak masuk..

new message

"aiii..maya shbtku syg..jd x nak bukak puasa sama2"
-msg from echah-

disebabkan saya still tak balas-balas message dorang kerana tak perasan...tiba-tiba munie beritahu...
"maya..ni nana antar msg kat kte..."

baru je balas message nana...idah jerit dari atas

maya!!!
gee tefon!!
die suro telefon die balik...

Saya pun bergegas berlari ke atas dan mengambil handset saya...beria benar dorang nak buka sama-sama..semua housemate saya sekarang dihubunginya...bagus-bagus

Lepas saya selesai telefon gee..kami semua bersetuju untuk berbuka puas diluar di restoran Suria di Semarak..

Lepas berbuka sedikit, tepat jam 8 saya menjemput gee,bell,nana,echa, dan k.su diaccacia untuk berbuka bersama-sama...


Sampai di kedai kami telah order hidangan yang menyelerakan untuk dijadikan juadah berbuka...alhamdulilah semuanya habis...licin...sah semua puasa..


Macam-macam yang kami bualkan..yela da lama sangat tak duduk sama-sama macam ni...macam macam gelagat dorang ni terutamanya gee,echa dan bell...still sama macam tamhidi suka mengusik je..:D...dengan echa yang tiba-tiba jadi Fida lah (pemenang Program OLAY) sebab die jang0k sungguh malam tu...dengan buli membuli dorang yang tak habis-habis....hehe...posing lagi...riuh jadi nye kawasan meja makan kami tu...:P



Six 4 enam




Liccccccccccinnnnnnnnn

Alhamdulilah ukhuwah kami semua (ex-A-4-3) still rapat dan kuat walaupun semua dah bawa haluan masing-masing naik degree ni...Walau apa pun moga memori kita bersama tidak dilupakan dan menjadi kenangan yang terindah....itulah indahnya ukhuwah jika bertemu dan berpisah kerana Allah.


Tatapan Hikmah Buat Ex-A-4-3 (maya,gee,bell,echa,k.su,nana)

-Semoga ukhuwah diantara kita akan terus kukuh dan mantap hingga ke Syurga serta diredhai Allah..Amin

-Seorang Muslimah itu dipandang dari akhlaknya, seorang Mukminah itu dinilai dari imanya, seorang ibu itu dirindui kerana pengorbananya, seorang serikandi itu diukur dari perjuanganya, seorang gadis itu dihargai dari ketinggian maruahnya..marilah sama-sama kita bersihkan hati..syurga itu bukan mimpi tapi realiti..Dunia tempat persinggahan..akhirat itu kekal abadi...

-Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman, jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan tuhan, jika mereka menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis atas dosa-dosa semalam, jika mereka cintakan manusia, biarlah kita cintakan Allah, jika mereka mendambakan kehidupan duniawi, kita menyerah diri pada ilahi

-Watever happen we are friend forever..dont shy to share ur problem..watever ur decision im always behind u....insyallah...


P/S: A-4-4 (K.shaz,K.miza,adah,dila)..hehe..jangan jelesss...pas ni combine ea A-4-3 VS A-4- 4..huhuh..tengah plan ni

P/S : Jamuan berbuka untuk puteri ILIK (ikatan lepasan Ibn Khaldun) Jumaat ni kat SMIK...jemput datang ramai-ramai\


Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi
mendapat keredhaan Tuhan..

Sunday, September 6, 2009

Ihya' Ramadhan..Ihya Amali...



Bismillahirahmanirahim


4/9/09-5/9/09 haritu saya dan puteri-puteri usim from ex-smik dan ex- matri berpakat untuk mengadakan program ihya' Ramadhan untuk mengimarahkan lagi syuur Ramadhan kali ini...dengan menumpang rumah kak siti kami telah mengadakan program Ihya Ramadhan


Berikut atucara program kami yang telah kami rancang..

FLOW ATUCARA PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

5/9/2009

4.00 - Pendaftaran

4.30 - Persiapan, Solat Asar, Bacaan Al-Mathurat

5.00 - Kalimah Pembukaan

5.15 - Taaruf Mahabah

5.40 - Riadhah Ringan

6.15 - Persiapan diri

7.20 - Iftar Jamai (Buka puasa dengan kuih ringan)

7.30 - Persiapan, Solat Maghrib

8.00 - Makan Malam ( Makan Berat )

8.30 - Solat Terawih dan Tazkirah

10.00 - Tadarus Quran (Ikut Kumpulan)

10.30 - Slot 1 – Tayangan Video dan Muhasabah diri

11.00 - Tidur

*************************************************************************************

6/9/09

5.00 - Qiam

6.00 - Solat Subuh /Al-Mathurat/Al-Quran

7.15 - Slot 2 – Riadhah Minda

9.00 - Persiapan diri

10.00 - Slot 3 – Menghayati Ramadhan

12.00 - Kalimah Akhirah dan Gotong Royong

12.30 - Bersurai

Lepas solat terawih kami sama-sama tadarus Al-Quran


Menghayati Ramadhan


Alhamdulilah overall aktiviti program berjalan seperti yang dirancang...aktiviti yang paling saya suka ialah taaruf Mahabah..time ni best sangat kami dibahagi mengikut partner masing-masing..lepas tu kami diminta berkenalan dengan partner yang diberi dan bentangkan tentang latar belakang partner kita melalui pantun..masa yang diberi hanya 10 minit...huhuh

Bakat-bakat terpendam rupanya..banyak pantun-pantun menarik berjaya dihasilkan...antara pantun menarik

1) Partner Nadzirah dan Safwah

Pulang ke kampung selepas berkelana,
Singgah sebentar di tepi titi,
Nama diberi Safwah Adyani,
Secantik nama seindah budi pekerti.

Bulan puasa bulan barakah,
Mari bersama tingkatkan amalan,
Safwah berasal dari serambi Mekkah,
Kini belajar di Negeri Sembilan.

Membeli belah bersama-sama,
Subjek fizik favourite utama,
Bertemu di sini kerana Ihya' Ramadhan,
Moga Ukhuwah kita berkekalan.

~Nadhirah to Safwah~

Pergi kekedai terlanggar lopak
Lupa sudah apa nak beli
Anak watan dari Perak,
Nadzirah Mohd Said Nama diberi

Pagi-pagi naik menara,
Pergi ke sana bersama kereta,
Masakan ibu menjadi kegemaranya,
Masa lapang membaca jelah dia.

~Safwah to Nadhirah~

2) K.Anis dan K.Ilham

Ilham nama diberi,
dari Kelantan jauh kemari,
Bahasa arab pilihan hati,
FPBU tempat diminati.

Disini tempat pertemuan,
21 tahun umur bertahan
Unggu menjadi warna kegemaran,
berniaga merupakan cita-cita pilihan

~K.anis to K.ilham~

Dari kedah datangnya si dia,
Mencari Ilmu di Negeri Sembilan,
K.anis manis orangnya,
Kerjaya usahawan jadi pilihan.

Anak kucing berlari-lari,
Anak itik menyanyi-nyanyi
warna hijau pilihan hati,
membaca dan memasak menjadi hobi.

~K.ilham to K.Anis~


Banyak lagi pantun-pantun yang menarik...berbakat sungguh teman-teman ku ini...alhamdulilah..


Seterusnya, aktiviti riadhah minda pun sangat menarik.. ia mencabar dan membuat kami semua terfikir..dimana tahap ilmu kami yang sebenar..


Kami dibahagikan kepada dua kumpulan dimana kami diberikan 2 kertas A4 untuk menjawabsoalan yang diberi...apakata kita test IQ sama-sama..sediakan satu kertas A4 dan lipat kepada 4 bahagian..cepat ambil kertas ea...


Bahagian 1 letak jawapan untuk soalan 1 begitu juga bahagian seterusnya..


1) Senaraikan 30 orang nama sahabat nabi yang anda tahu?


Anda diberi masa 3 minit sahaja..jawab ikut masa ea..


2) Senaraikan 15 nama perawi hadis?


Anda diberi masa 2 minit sahaja...


3) Senaraikan 7 orang anak Nabi Muhammad?


Anda diberi masa 1 minit sahaja


4) Senaraikan bilakah tarikh disyariatkan berpuasa?


Anda diberi masa 1 minit sahaja..


Jawab soalan diatas mengikut turutan masa ea........


So?

Macam mana hasilnya?

Lengkap semua jawapan anda?


Time kami main tu, dua-dua kumpulan tak dapat jawab dengan penuh kebanyakan soalan..

walaupun soalan ni sangatlah mudah...tapi kenapa tak boleh jawab ea...itulah ukuranya ilmu kita...time sekolah dulu semua tu dah belajar..tapi setakat mana kita ingat dan amalkan ilmu kita..habis exam terus lupa...


Saya rasa malu dan rendah diri selepas habis main game tu... malunya menjadi umat islam tetapi tidak tahu hal-hal remeh mengenai para sahabat , perawi dan hal-hal yang berkaitan dengan islam dengan sempurna..


Macam tarikh disyariatkan berpuasa pun tak tahu..kami hanya dapat menjawab tahun ramadhan disyariatkan iaitu tahun kedua hijrah sahaja..


Bila fikir-fikir balik dah 20 tahun berpuasa tapi tak tahu tarikh penting tersebut..tentu keimanan kita boleh dipersoalkan oleh orang kufar jika tarikh penting ini tidak diingati...


Sebab itu ilmu tanpa amal ibarat ibarat pedang yang berkarat...walaupun pedang itu tajam tetapi jika tidak diasah ia akan menjadi karat atau tumpul..begitu juga ilmu, walaupun banyak ilmu yang telah kita gali tetapi jika tidak diasah dan digunakan pasti lama-lama ilmu itu akan tumpul dan hilang...


Majlis kami berakhir dengan kata -kata penutup dari kak siti..alhamdulilah...selesai sudah program ihya'

Ramadhan kami...terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang sudi hadir..dan juga kak siti yang sudi menumpangkan rumahnya...


Salam ukhuwah..

Salam perjuangan menyemarakkan Ramadhan....



Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan.