Tuesday, August 25, 2009

Ahlan Wahsalan Ya RAMADHAN...

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan.

Daripada Uthman bin Abi al-‘As, telah bersabda Rasulullah SAW: “Puasa itu perisai, yang akan melindungi seseorang hamba daripada api neraka”. (Hadith)

Alhamdulillah, tahun ini kita masih dikurniakan kesempatan untuk menemui Ramadhan al-Mubarak. Ramadhan diinsafi sebagai bulan tarbiyah dan bulan tazkiyyah, memberi ruang untuk dimanfaatkan oleh umat Islam seluruhnya bagi meningkatkan amal ibadat kepada Yang Maha Esa. Ditegaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran lewat ayat 183 Surah Al-Baqarah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kami, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa..”

Sambutan Ramadhan Kali ini marilah kita penuhi dengan memperbanyakkan ibadah. Sesungguhnya ganjaran beribadah adalah berlipat- lipat kali ganda di Bulan Ramadhan

Jom Muhasabah ibadah kita setiap hari sepanjang Bulan Ramadhan......

1- Lewatkan Sahur

2-Qiyamulail

(Pastikan sepanjang Ramadhan kita bangun buat Qiyamulail,paling malas solat sunat dua rakaat je..kalau rajin banyak solat tahajjud,solathajat, solat taubat, dll..jangan tinggal sehari pun ea..)

3-Baca Al-Quran

( Satu juzuk paling kurang sehari supaya dapat khatam cukup 30 juzuk bulan Ramadhan ni..insyallah..tapi depends masing-masing..kalau ramadhan lepas dapat satu juzuk sehari cuba tingkatkan pula 2 juzuk satu hari... Ramadhan kali ini akan menjadi lebih baik dari yang lepas)

4-Solat Sunat Dhuha

( Jangan misss juga ea..tambah rezeki...mana tau banyak pula rezeki juadah berbuka : D..niat kerna Allah)

5-Solat Sunat Badiah dan Qabliah...

( Cubalah buat semampu mungkin)

6-Solat Jemaah

( Kalau boleh sentiasa cari kawan untuk solat berjemaah..besar pahala tu )

7-Infaq

(Berilah sedeqah setiap hari walaupun sedikit...macam hantar makanan ke jiran..kira sedeqah tu..belanja kawan kuih sikit ke..ni ibadah paling penting untuk menjadikan diri seorang yang pemurah)

8-Mengawalkan Berbuka..

(Jangan lambatkan berbuka..expecially yang sibuk masak kat dapur..dah masuk waktu..terus makan jangan tangguh.)

9-Solat Terawih

(Ni pun tak leh missed..sebolehnya2 kalau tak dapat berimam buat sendiri pun tak pe...insyallah sempat buat kalau kita semua pandai cari masa walaupun padat dengan tutor dan kerja)

10-Jangan Mengumpat

(Buanglah kata mengata tentang orang lain atau keluarkan kata-kata kotor..kalau rasa tak leh kawal lebih baik diam)

11-Sabar

(Sabar ea sentiasa..tak sabar baca surat kabar..hehe)

12-Berzikir

( Banyakkan berzikir dan berselawat)

lagi?????

banyak lagi....

Macam mana full tak ibadah kita hari ni??

Listkan lah apa ibadah yang kita nak buat sepanjang Ramadhan kali ini...dan check setiap hari sebelum tidur...so bandingkanlah...

Moga Ramadhan ini lebih baik dari yang lepas...kerana belum pasti masihkah ada peluang untuk kita menyambut Ramadhan akan datang..

Salam Kemaafan Dihulur....

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Bulan Pesta Ibadah


p/s : Jangan lupa check ibadah kita..kalau kurang tambah-tambah la ea..kalau terlebih..banyak banyakanlah lagi..

p/s : Umah 202 sedang melancarkan kempen penjimatan berkala khas di bulan

ramadhan...nak makan pe masak sediri...tak leh beli...huhu


Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..

Friday, August 21, 2009

Ulama' Yahudi Ishtihar PUASA untuk halang H1N1


oleh Ibnuyaacob

shofar

Hari Rabu akan datang iaitu 19 Ogos 2009, dua ulama’ besar Yahudi di Israel mengisytiharkan semua umat Yahudi wajib berpuasa sebagai salah satu langkah menghalang virus jahat H1N1 yang sedang melanda Israel.

Pengumuman ini dibuat oleh ketua Majlis Rabbi Israel iaitu Rabbi Shlomo Amar dan ketua Rabbi bagi komuniti Ultra-Orthodox, Rabbi Ovadia Yusuf. Kedua-dua mereka bersepakat semua umat Yahudi sama ada suku Sephardi atau Ultra-Orthodoks hendaklah berpuasa pada hari Rabu ini.

Di dalam pengumuman tersebut, umat Yahudi dari suku Ashkenazi tidak turut serta kemungkinan berbeza pendapat dari memutuskan hukum puasa dikalangan mereka. Menurut Rabbi Sholomo Amar dan Ovadia Yusuf, virus jahat yang bernama Selsema Babi itu merebak di seluruh dunia kesan daripada dosa-dosa yang dilakukan oleh umat manusia.

Antara arahan-arahan yang dibuat ialah semua masyarakat Yahudi yang berkemampuan untuk berpuasa diarah agar berpuasa sepanjang hari Rabu disamping memperbanyakkan sembahyang dan doa kepada tuhan. Bagi yang tidak berkemampuan, hendaklah berpuasa separuh hari atau setidak-tidaknya berduduk diam tanpa mengganggu orang lain.

Ibadat tambahan yang diumumkan ini menurut mereka adalah sebagai kaedah mencegah penyakit melalui kebersihan diri.

Pada 10 Ogos 2009, seramai 50 orang rabbi yang diketuai Rabbi Yitzhak Batzri telah menaiki pesawat khas mengelilingi Israel sambil meniup shofar (trompet ibadat Judais). Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk menghalau virus H1N1 itu dari mengancam penduduk Israel.

Pertembungan tersembunyi antara Rabbi Sephardi dan Rabbi Ashkenazi

Pengumuman baru yang dibuat oleh ketua rabbi suku Sephardi dan komuniti Ultra-Orthodoks seolah-olah memberi isyarat tersembunyi kepada ketua Rabbi suku Ashkenazi iaitu, Rabbi Yonah Metzger. Ini kerana suku Ashkenazi lebih cenderung kepada dasar ideologi Zionis yang menghalalkan daging babi dan arak untuk pengikut-pengikutnya.

Manakala suku Sephardi dan Ultra-Orthodoks masih lagi berpegang kepada hukum asal Taurat yang melarang umat bani Israel memakan babi dan meminum arak.

Bencana H1N1 yang melanda Israel sehingga mengakibatkan 7 nyawa terkorban hanya menyemarakkan lagi semangat kesukuan dikalangan masyarakat Yahudi sendiri. Sudah pasti sifat ingin menyalahkan pengikut-pengikut Ashkenazi yang gemar memakan babi sebagai punca H1N1 ada pada setiap masyarakat Sephardi dan Ultra-Orthodoks.

Kesimpulannya, kita dapat mengenal pasti di sini bahawa senjata biologi ciptaan Illuminati tidak kebal kepada orang-orang Yahudi dan ia hanya kebal kepada penguasa-penguasa Zionis yang sudah pasti sudah menerima suntikan vaksin yang tulen.

Peningkatan bilangan mangsa H1N1 di Israel menjelaskan kepada kita bahawa umat Yahudi yang diheret dari serata dunia dan dilonggokkan di Israel adalah hanya sebagai batu pemberat untuk agen Illuminati mewujudkan negara Zionis.

http://lobaipas.blogspot.com

P/S: bulan ramadhan dah nak menjelma..hrp leh krgkan mangsa virus H1N1

P/S : Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..Mohon Maaf Salah dan Silap

Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan.


Monday, August 17, 2009

Madah Hiasan Mukmin



Dalam sujud
Tuhan, Engkau Maha Besar,
Jauhkan aku dari segala salah
Seperti Engkau jauhkan timur dan barat

Bersihkan aku dari kesalahan
Seperti pakaian putih bersih dari kotoran
Cucilah segala salahku dengan air,salju dan embun.

Engkau Maha Suci
Dengan memujiMu aku mohon ampun
Semoga Engkau mendengar orang yang memuji

Ampunilah
Kasihanilah
cukupilah
Tunjukilah
Curahkanlah rezeki untukku.

Tuhan, aku berlindung kepadaMu
Dari siksa jahanam dan kubur
Dari fitnah hidup dan mati
Dari fitnah pengembara yang dusta
Berbahagialah dengan rahmat dan berkat Allah Tuhan yang Maha Pengasih.



Buku 40 hiasan Mukmin : Prof Dr.H.Muhamad Chirzin

Sunday, August 16, 2009

Kita lebih kecil dari Kuman?? Dimanakah kita??

Bismilahirrahmanirahim...

"GNP adalah Gross National Product...n kalau nak kira die..bla...bla.."

Mata dah mula terkebil-kebil..berapa kali saya menutup mulut untuk menguap...napelah rasa ngantuk sangat time lecture ekonomi ni...huhu..

Tak boleh jadi ni..saya cuba tegakkan badan dan memfocuskan pengajaran lecturer... Namun makin dipandang makin tekatup dan mengecil kedua-kedua belah mata ni...tiba-tiba saya teringat yang saya tak habiskan lagi membaca buku "Langit Ilahi" tulisan Hilal Asyraf yang saya bawak dalam beg..saya pon keluarkan buku tu..harapnya dapatlah hilangkan ngantuk..

Ofcourse memang tidak baik kita membuat kerja lain time lecturer tengah mengajar..tapi nak buat macam mana..memang dah ngantuk sangat..

Daripada saya terlentok kat depan lecterur..baiklah buat something kan..memang saya selalu akan buat benda lain kalau da ngantuk sangat untuk menghilangkan rasa mengantuk tu tapi jangan tiru cara saya ni ea...

So, saya teruskan pembacaan dengan membelek dari muka ke muka hinggalah saya membaca satu tajuk yang terdapat dalam buku tersebut.."Kita lebih kecil dari kuman"..teringat saya pada video yang telah ditanyangkan pada satu program motivasi yang pernah saya sertai....dimana ia menayangkan gambaran manusia dari bawah bumi hingga keatas cakerawala..hingga hilang gambaran manusia dari pandangan mata..kalau saya dapat copy ye insyallah akan saya kongsikan ea..Entah kenape time tu saya menjadi sebak membaca kata-kata yang dikarang oleh penulis yang sangat menusuk kalbu dan membuatkan saya sedar..

Perumpamaan yang saya beri lebih kurang seperti kata-kata penulis..

Antara kita dengan Malaysia mana lagi besar?
pasti kita akan menjawab Malaysia..

Antara Malaysia dengan Asia mana lagi besar?
Tentu kita akan menjawab Asia..

Antara Asia dengan Bumi mana lagi besar?
pastinya kita akan menjawab Bumi..

Antara Bumi dengan Galaksi Bima Sakti mana lagi besar?
tentulah kita akan menjawab Galaksi Bima Sakti..

Antara Bima Sakti dengan seluruh Angkasa Raya yang mana lagi besar?
pasti kita menjawab seluruh Angkasa Raya..

Jadi apakah yang lebih besar dari seluruh Angkasa Raya...seperti yang diceritakan saintis sendiri belum mampu mencari penghujung Angkasa Raya... dan ketika itu..Dimanakah kita? Kita lebih kecil dari kuman..sangat kecil..terlampau kecil..

Sesungguhnya Allah yang paling besar dari segala-galanya..Maha Besar dan tiada tandingannya..kekuasaanya meliputi seluruh cakerawala...

Firman Allah yang bermaksud

"Dan Allah itu diatas segala sesuatu". (Ali Imran:165)

Inilah membuat hati saya agak tersentak dan butir2 air mata mula bergenang..tapi terpaksa lah control sikit...sebab tengah dalam kuliah..banyangkan betapa kecilnya kita...Namun Allah masih lagi mengingati kita.. Sungguh Maha Agung Kasih Sayang Allah pada hambanya...setiap makhluknya ditetapkan rezeki masing-masing...Allah tidak pernah lupa kan kita sesaat pon..walaupun hamba-hambanya sering lupa dan leka.. membuat durjana dan kecelakaan didunia...dosa dan maksiat...rasa malu dan hina menyelubungi segenap jiwa..kadang-kadang saya sediri mengakui sering merasa resah,gelisah, marah dengan ujian yang menimpa..hingga telupa nikmat-nikmat hidup yang diberikan Allah tidak putud-putus..tapi bila di campakkan sedikit ujian untuk menguji keikhlasan hambanya mula melatah dan hilang rasa redha dan pasrah atas ujian-Nya..

Kita juga sering merasa tidak bersyukur dan merasa tuhan tidak adil...sering cemburu dan marah dengan kemewahan,kepandaian, kecantikan dan kelebihan orang lain...tapi sedarkah kita yang nikmat tuhan beri tidak terhingga..

Fikirkanlah..jangankan satu hari sesaat pun kalau Allah terlupa mengalirkan gas oksigen ke bumi...pasti musnahlah seluruh manusia dan makhluk dibumi..Namun Allah tidak pernah lupa akan hamba-hambanya..walau sejahat dan seburuk mana pun hamba-Nya membalas-Nya...Jadi apakah kita masih tidak bersyukur? Apakah kita mahu menjadi hamba-hamba yang kufur? Apa lagi yang mahu kita keluhkan?

Renungkan la bersama sahabatku..suka saya memetik kata-kata dari buku LANGIT ILAHI sebagai penghabisan perkongsian ini...

"Walau diri seringkali alpa..
Walau dibeban segunung dosa...
Walau jauh dari rahmat-Nya...
Tuhan tidak pernah lupakan kita"

p/s : ade sikit lagi..tak habis baca buku Langit Ilahi..agak kesuntukan masa sekarang ni..

Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..

Jadilah HERO UMAT....

Bismilahirahmanirahim...

Di sekolah soalan biasa yang akan ditanya oleh guru kita….

“Kamu semua nak jadi ape besar nanti?”

“Saya nak jadi doctor”..murid A

“Saya nak jadi lawyer cikgu”..murid B

“Saya nak jadi pilot cikgu”..murid C

Itulah jawapan yang biasa dijawab oleh murid-murid…tapi pernahkan anda mendengar jawapan luar biasa ni..

“Saya nak syahid di jalan Allah cikgu”

“Saya nak jadi saintis yang hebat yang dapat mencipta senjata canggih untuk membantu tentera-tentera islam mengalahkan orang kafir cikgu”

Itu lah pemuda pemudi yang sangat diharapkan akan lahir dari setiap generasi pemuda pemudi…coretan ini adalah untuk menyedarkan setiap pemuda pemudi islam agar SEDAR, BANGUN dan BANGKIT melaksanakan peranan selaku umat pilihan yang akan mengembalikan kegemilangan islam di mata dunia.. sedarlah ditangan anda lah tersimpan corak dan watak generasi mendatang..jika indah,bersih dan jelaslah warna yang dilakarkan akan gemilanglah kehidupan generasi yang mendatang..Oleh itu, sahabatku marilah sama-sama kita merancang hajat, cita-cita dan impian yang besar dan gemilang.. Jadilah pemuda pemudi yang LUAR BIASA, jadilah HERO UMAT yang berbeza dari kebiasaan umat islam hari ini..

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."
~Imam As-Syahid Hassan Al Banna~

Marilah sama-sama kita BANGKIT dan BANGUN untuk menjadi INSAN LUAR BIASA. Lakarkanlah sebuah impian dan matlamat yang besar dalam hidup ini wahai sahabatku..agar kau mudah untuk mengapai impian-impian yang kecil. Jika matlamat yang besar telah kita sematkan impian-impian yang kecil pasti mudah untuk diperolehi..

Tapi ramai yang masih berfikiran sempit..sempit dengan kotak-kotak impian biasa dan remeh..kita sibuk untuk memenuhi impian yang kecil..mengikut trend dan fesyen remaja kini..bila melihat orang ade handphone canggih..ade laptop baru..itulah yang menjadi impian kita untuk memilikinya..kalau pemuda-pemuda ramainya sibuk dengan motor..sanggup berhabis duit untuk menukar aksesori motor..dengan tayar ye,lampu, warnanya..saling mengaggungkan motor dan kehebatan merempit masing-masing..

Yang pemudi-pemudi pulak sibuk dengan kecantikannya…baju, kasut, beg dan bermacam-macam lagi…biar berhabis duit untuk kelihatan anggun dan cantik..bak kata orang..biar pokai asal bergaya..

Eh…salah ke kalau penuhi semua impian ni?? Tak salah sahabatku..tak salah punya handphone dan laptop canggih, tak salah memiliki motor besar, tak salah bila kau ingin kelihatan kemas dan cantik..tapi berpada-padalah dan yang paling penting janganlah jadikan itu semua matlamat terbesar kamu…lihatlah sendiri bertapa remehnya impian itu..

Pernah saya mengajukan soalan kepada seorang pemuda bila dia meminta pandangan saya tentang cinta terhadap seorang wanita…

“ Apa matlamat terbesar hidup anda?”

“Matlamat terbesar ea..emmm..matlamat terbesar saya nak dapat kahwin dengan ……”

“ Tu je…xde ke matlamat lagi besar dari tu…”

“ setakat ni tulah”

Saya uji dia lagi…

“Tak kan tak terfikir nak balas jasa ibu bapa dulu..kesianya ibu bapa anda bersusah payah besarkan anda..perempuan yang baru anda kenal adalah matlamat terbesar anda?”

Barulah die jawab…

“ Itu memanglah..erm..ahhh..sennye..kiranya ade dualah matlamat terbesar..nk belajar leklok dan kerja besar dapat sara keluarga dan kedua dapat kahwin ngan …..”.

Sengaja saya memerangkapnya...saya harap dia akan menjawab satu jawapan yang luar biasa..nampaknya matlamat dia tetap yang remeh… Sahabatku… membalas jasa ibu bapa memang tanggujawab kita…bukanya matlamat kita semata-mata…memang wajib kita menyara ibu bapa apabila mereka telah tua.. tapi tak sangka hanya itu yang diungkapkanye.. saya terpana mendengar jawapanya…sayanglah jika seorang pemuda islam hanya memiliki matlamat sekecil itu…ruginya islam jika semua pemuda dan pemudinya berfikiran seperti itu..maaflah bukan untuk saya memperkecilkan matlamatnya…tapi hakikatnya itu memang something yang menjadi tanggujawab kita sahabatku..

Tapi itulah hakikatnya yang menyelubungi hidup pemuda pemudi hari ini..bila terlampau banyak dimomokan dengan budaya “cintan cintun”, couple, pakwe makwe dan seangkatan ye…sehingga ia menjadi trend pemuda pemudi hari ini dan menjadi satu kejanggalan bila anda tiada “boyfriend” or “girlfriend”..

Hanya impian- impian yang remeh seperti inilah sibuk dipenuhi oleh pemuda pemudi hari ini..mereka lupa segala pengorbanan ibu bapa, guru-guru yang telah bersusah payah mendidik dan mengasuh kita dari kecil agar menjadi pemuda dan pemudi yang berjiwa besar ..tapi setelah menjadi mahasiswa hanya impian- impian yang kecil ini sibuk difikirkan..

Tanyalah sendiri pemuda pemudi hari ini…apakah matlamat tebesar hidup anda? Pasti ramai yang menjawab dengan jawapan yang remeh..Nak dapat kerja besar dengan gaji besar, Rumah besar, dapat sara ibu bapa, nak kahwin dan bahagia hingga akhir hayat….itu sahaja yang kebanyakannya berada dalam kotak pemikiran pemuda pemudi hari ini..

Salahkah mempunyai cita-cita seperti itu? Tak salah sahabatku, cuma adakah sekecil itu sahaja cita-citamu..kau umat terpilih..umat yang menjadi khalifah di muka bumi ini..jika itu sahaja cita-citamu..maka samalah kita dengan umat kufar…yang hanya memikirkan tentang kehidupan dunia semata-mata...

Malah mereka mempunyai cita-cita yang lebih hebat dari kita. Lihat sendiri..wahai sahabatku… bangsa yahudi sendiri mendidik anak- anak mereka dari kecil untuk menjadi terhebat agar dapat menghapuskan dan mengalahkan umat islam..Malah mereka sangat pantang melihat bangsa mereka menjadi pengemis..pernah dikisahkan..

Seorang lelaki kaya yahudi selalu memberi sedeqah kepada pengemis-pengemis islam di jalan…suatu hari dia melihat seorang lelaki miskin yahudi duduk meminta sedeqah..lelaki kaya yahudi itu tidak memberi sedeqah kepada bangsanya sendiri..maka lelaki miskin yahudi itu hairan dan berkata..

“Mengapa engkau tidak memberi sedeqah kepada ku? Sedangkan aku bangsa yahudi..”

“Jadilah apa yang engkau ingin jadi..tapi jangan sesekali kau menjadi pengemis..kerana bangsa yahudi bukalah umat yang hina untuk menjadi pengemis. Sangat terkutuklah jika kau menjadi pengemis”..Jawab lelaki kaya yahudi itu..

Masih tidurkah kita? Lihatlah sendiri adakah kita hanya ingin mempunyai cita-cita dan matlamat biasa-biasa dan sekecil ini…tanpa berfikir untuk menyumbang apa-apa dalam memertabatkan kembali agama islam ..

Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai jin dan manusia, jika kamu mampu menembusi dinding langit dan bumi, maka tembusilah, dan kamu tidak akan mampu menembusinya melainkan dengan kekuatan” ( Ar-Rahman :33)

Sahabatku fikirlah sendiri berapa ramai yang sanggup mengegarkan langit ilahi dengan kalimah Agung..

Berapa ramai yang mempunyai cita-cita dan berjiwa besar untuk syahid di jalan Allah..

Berapa ramai yang mempunyai matlamat yang besar untuk sanggup berkorban menghabiskan sisa hidupnya untuk jalan dakwah mengajak kearah kebaikan dan meninggalkan keburukan…

Berapa ramai yang akan menjawab matlamat terbesarnya untuk menjadi pakar saintis yang mempu mencipta senjata canggih untuk membantu umat islam dikala perang…

Berapa ramai yang akan menjawab matlamat terbesarnya untuk menjadi manusia yang kaya dan dapat menguasai ekonomi dunia sekaligus menaikkan ekonomi Islam..

Berapa ramai yang akan menjawab matlamat terbesarnya untuk menjadi peguam atau hakim terhebat di dunia untuk menegakkan keadilan,membetulkan sistem perundangan dunia dan membela umat islam yang jelas tertindas kini..

Berapa ramai yang matlamat terbesar nya untuk menjadi seorang murabbi yang akan mendidik anak- anak dengan tarbiyah yang sempurna agar menjadi insan sehebat Hassan al-Banna dan Zainab Al-Ghazali…

Saya yakin dalam 1000000 belum tentu 1000 orang yang mempunyai matlamat yang sebesar dan jelas seperti ini… dan dalam 1000 belum tentu semuanya mampu melaksanakan matlamat besar ini.

Maka sebab itu, ku seru kepada diriku dan semua pemuda pemudi agar sedar…bangunlah sahabat-sahabatku..manfaatkanlah usia muda yang masih kuat dan sihat ini…tetapkanlah matlamat terbesarmu hari ini..HARI INI..

Jangan bertangguh lagi..tetapkan matlamat terbesar yang luar biasa yang akan menjadikan kau BINTANG TERBILANG.. yang akan mengangkat kembali keaggungan islam …tidak kira sekecil mana kerja yang akan kamu perolehi nanti tetapkanlah agar kerja itu boleh membawa pembaharuan, kelainan dan perubahan kearah kegemilangan islam di mata dunia..mulakan lah ia hari ini…

Sabda Rasulluah:

“ Sebaik-baik manusia adalah orang yang diberi umur yang panjang dan baik amalanya, dan seburuk-buruk manusia adalah orang yang diberi umur yang panjang dan buruk amalanya” (HR Ahmad)

Jika kau telah menetapkan matlamat terbesarmu..berusahalah dari sekarang..

Namum percayalah jalan untuk mencapai matlamat besarmu itu menuntut pengorbanan yang besar sahabatku..pengorbanan masa,tenaga, harta dan jiwa ragamu… jalan ini amat payah,amat susah dan berliku.. Kau tidak boleh bersenang lenang seperti pemuda pemudi biasa.. kau akan melalui sakit dan menderita.. jalan ini akan menguji kesabaran dan keikhlasanmu.. kau mungkin akan dihina dan dicerca… kau tidak bisa bersuka ria..bergelak ketawa melampaui batas seperti biasa… kau perlu menjadi insan LUAR BIASA

Maka, isilah masa dan detik nadimu untuk mencapai matlamat besar ini…penuhilah diri dan jiwa dengan iman dan tarbiyah.. carilah cebisan-cebisan mutiara tarbiyah yang ada disekitar mu kerana ia akan memperteguhkan dirimu dari kalpaan untuk melawan arus dan trend masa kini.. galilah sebanyak mana ilmu dan pengetahuan.. agar kau menjadi cendiakawan yang bijaksana… dekatkanlah dirimu pada tuhan untuk membina keyakinan dan kekuatan agar kau tidak lemah dan berputus asa melalui jalan berliku itu..

Firman Allah

“ Katakanlah, bekerjalah kamu, maka Allah, Rasulnya dan Mukminin akan menyaksikan pekerjaanmu itu, Dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitahukan kepadu apa yang telah kamu kerjakan” (At-Taubah : 105)

Moga coretan ini mampu untuk meningkatkan hamasah dalam jiwa muda pemuda-pemudi islam untuk menjadi insan terhebat..HERO UMAT ISLAM bagi mengembalikan semula kegemilangan Islam di persada dunia dalam mencapai keredhaan-Nya didunia dan diakhirat..Amin..

p/s : dapatkanlah buku tulisan UMMU ANAS bertajuk "Bangunlah Anak-Anaku".. kandunganya sgt meningkatkan semangat buat pemuda pemudi ...i got want from my mum..

Serulah kebenaran walau pahit untuk ditelan.. Sahutlah perjuangan pertahankan keaggungan islam...bangkitlah menjadi pewaris generasi al-quran demi mendapat keredhaan Tuhan..